169) PENCAWANG TELEKOMUNIKASI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berikan butiran lengkap jumlah Menara Telco yang terdapat di seluruh negeri dan pecahannya di setiap daerah?
-
Berapakah pula jumlahnya yang dipasang di surau, masjid, tokong, kuil, dan premis perseorangan?
169) LAWATAN KE LUAR NEGARA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan oleh setiap PBT dalam perkara tersebut?
-
Apakah sistem pemantauan yang diamalkan oleh pejabat EXCO untuk memastikan program tersebut menepati dasar " value for money"?
169) PERLAKSANAAN FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) DALAM SETIAP PEMBANGUNAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan menetapkan untuk melaksanakan FGD dalam setiap pembangunan yang akan dilaksanakan, terutama yang melibatkan yang berhampiran perumahan?
-
Bilakah kali terakhir kajian traffic impact analysis (TIA) di kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya dilaksanakan? Adakah keputusan TIA masih positif dan PBT masih meluluskan pembangunan baharu?
169) GAJI, ELAUN, ELAUN KHAS, KERAIAN, BONUS DAN GANJARAN UNTUK KAKITANGAN ATASAN GLC
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memohon kerajaan memaklumkan gaji, elaun, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk semua kakitangan atasan GLC. Jawapan boleh diberi dalam satu skala lingkungan?
-
Adakah kerajaan mempunyai satu skala gaji dan ukuran prestasi yang seragam untuk semua pegawai atasan GLC?
169) Bantuan Input Pertanian Untuk Pesawah Padi Di Iada Barat Laut Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan menyediakan peruntukan untuk membiayai input pertanian kepada pesawah padi di Kawasan Barat Laut Selangor dan jika ada sila nyatakan jumlahnya?
-
Nyatakan lain-lain bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor kepada pesawah tersebut jika ada?
169) MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor menghadapi isu kenaikan kos sara hidup untuk tahun 2023?
-
Apakah usahasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah tersebut?
169) MASALAH PENGURUSAN BANGUNAN PANGSAPURI KOS RENDAH OLEH JMB KHUSUSNYA DI SRI PERANTAU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Semua maklum bahawa majoriti JMB yang mengendali pangsapuri kos rendah tidak mampu. Bagaimanakah kerajaan negeri merungkai masalah berangkai keadaan ini secara praktikal?
-
Pembeli rumah jenis ini menghadapi masalah rumah di lelong kepada pembeli yang BUKAN MISKIN. Apa tindakan kerajaan?
169) PROJEK JEJAMBAT DI PERSIMPANGAN JALAN BROGA KE PEKAN SEMENYIH CENTRAL
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan pembinaan jejambat di persimpangan Jalan Broga ke Pekan Semenyih Central?
-
Nyatakan usaha yang dilakukan bagi tujuan pembinaan jejambat di persimpangan Jalan Broga ke Pekan Semenyih Central bagi tujuan mengurangkan kesesakan jalanraya dan kemalangan di persimpangan ini.
169) MASALAH BANGUNAN YANG MENUTUP SALIRAN LONGKANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan JKR dan PDT terhadap bangunan yang menutup saliran longkang utama di Bukit Kemuning Batu 5 1/2 hingga 8?
-
Apakah tindakan jangka masa panjang dan pendek bagi elak banjir?
-
Apakah tindakan diambil selepas lawatan yang diadakan pada 7/10/2024?
169) KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan EXCO untuk menaiktarafkan taraf kampung tradisi melalui program kebudayaan dan warisan?
-
Adakah tidak peruntukan yang diberikan kepada kampung tradisi untuk membangunkan produk-produk berpotensi tempatan?