168) LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 (NEGERI SELANGOR, SIRI 3) BERKENAAN PERBELANJAAN MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan statistik tahunan jumlah kepanjangan jalan yang dirancang dan yang disenggara pada tahun yang sama mengikut daerah dan agensi pelaksana dari 2004-2013.
-
Berapakah peratus pelaksanaan tahunan?
168) MASALAH PBT WARGA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak PBT mempunyai garis panduan kepada masalah premis perniagaan warga asing?
-
Senaraikan operasi yang telah dibuat untuk menutup premis warga asing mengikut PBT di Selangor pada tahun 2020.
168) DASAR MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor dalam merealisasikan dasar merakyatkan ekonomi Selangor?
-
Berapakah jumlah bantuan atau peruntukan yang diterima rakyat khususnya di bawah dasar ini mengikut DUN?
168) PEMBANGUNAN WARGA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Selain aspek kebajikan, apakah perancangan kerajaan untuk membantu potensi diri warga emas terutama yang produktif seperti pesara penjawat awam?
168) PROJEK PEMBANGUNAN DAN KESESAKKAN LALU LINTAS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang dilakukan untuk mengurangkan kesesakan di Projek pembangunan MRT Jalan Sg. Buloh dan Projek pembangunan Lapangan Terbang Subang.
168) KOMPLEKS KEBUDAYAAN DAN BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Pihak manakah yang menguruskan Kompleks Kebudayaan dan Belia Selangor?
-
Bagaimanakah prestasi pengurusan kompleks tersebut?
-
Adakah hasil pengurusan kompleks dapat menyumbang kepada pembangunan belia dan sukan negeri?
168) TANAMAN KELAPA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar terdapat banyak kawasan pekebun kecil tanaman kelapa yang telah tua dan tidak produktif lagi ?
-
Jika sedar berapakah keluasan kawasan terlibat. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memulihkan semula tanaman kelapa yang dimiliki oleh pekebunpekebun kecil tersebut ?
-
Berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang disediakan dalam tahun 2010 kepada sektor pekebun kecil tanaman kelapa di Selangor. Sila senaraikan pembahagian peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah dan keluasan tanaman yang terlibat
168) KEJADIAN GEGARAN GEMPA BUMI DAN BENCANA ALAM
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu lagi versi gegaran gempa bumi yang telah melanda beberapa kawasan di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam membendung dan mengelakkan kejadian bencana alam di kawasan tertentu terus berlaku?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan atau telah mewujudkan kumpulan-kumpulan dan badan-badan yang dipertanggungjawabkan bagi menyelia setiap kawasan sasaran di dalam Negeri Selangor?
-
Nyatakan kawasan terkini yang kerap dilanda gegaran gempa bumi di dalam Negeri Selangor dan apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri?
168) PREMIS TERBIAR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon perangkaan premis, rumah kediaman, atau rumah kedai serta komersial yang tidak digunakan atau kosong dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
-
Apakah PBT mempunyai kuasa dan apakah bentuk tindakan yang diambil terhadap premis-premis kosong tersebut yang menimbulkan masalah seperti dijadikan tempat pembuangan sampah, tempat melepak atau aktiviti-aktiviti yang melanggar peraturan?
168) WARGA ASING BERNIAGA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis perniagaan yang paling banyak dikendalikan oleh warga asing di Negeri Selangor ini?
-
Apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan persaingan yang adil antara peniaga tempatan dan warga asing?