168) PROGRAM PEMBANGUNAN PELANCONGAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Rumah Rehat GAP di Bukit Fraser yang dilaporkan pada bulan September 2010 sebagai terbiar selama dua tahun?
-
Apakah status kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf Rumah Rehat Sri Berkat di Fraser Hill?
-
Berapakah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi menukarkan Rumah Pam GAM di Bukit Fraser kepada tandas awam?
168) PENGUSAHA INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha IKS pada tahun 2016?
-
Senaraikan bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha IKS pada tahun 2016?
168) PENGGUNAAN PERUNTUKAN PWB
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bersedia menggunakan pendekatan anjal/fleksibel sesuai dengan keperluan PWB masing masing bukan setakat RM2.5 ribu satu permohonan?
168) JALUR LEBAR SMART SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan tahap kualiti wifi di tempat tumpuan awam?
-
Bilakah Wifi Selangor boleh mula diguna pakai di kawasan luar bandar terutamanya di Jeram?
-
Berapakah jumlah peruntukan bagi projek jalur lebar Wifi Smart Selangor?
168) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci kos penyelenggaraan Stadium Shah Alam bermula dari tahun 2008 hingga kini?
-
Senaraikan program dan jumlah hasil penyewaan Stadium Shah Alam bermula 2008 hingga kini?
168) PROGRAM MIKROEDIT LUAR BANDAR (SKIMSEL)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Sila beri statistik pinjam yang telah diberi mengikut DUN dan etnik.
-
Sila berikan peratusan pembayaran baliknya
168) SYARAT PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN, INDUSTRI BARANG LUSUH DAN BESI BURUK SERTA RUMAH BURUNG WALIT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat-syarat (tetap dan dilonggarkan) kelulusan program pemutihan kilang tanpa izin, industri barang lusuh dan besi buruk serta rumah burung walit?
168) MASALAH INFRASTRUKTUR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Di Kampung Seri Sentosa, Kampung Sri Aman dan Kampung Kereta Api penduduk2 dan peneroka2 masih menunggu selesainya penukaran tanah yang di janji akan siap bulan Oktober 2017. Apakah status terkini dan kenapa melambatkan penyelesaian ukuran tanah?
168) AKTIVITI PERTANIAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi kebenaran khas atau lesen sementara kepada mereka yang mengusahakan tanah Kerajaan Negeri untuk aktiviti pertanian?
168) BANTUAN KEPADA MASJID DAN SURAU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis bantuan kepada masjid dan surau
-
Nyatakan jumlah bantuan kepada masjid dan surau dari 2016-201
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan jumlah bantuan pada masa akan datang