17) PENYELENGGARAAN JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah panjang jalan yang diselenggarakan oleh Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk ketiga-tiga Kerajaan bagi menyelenggara jalan pada tahun 2016, 2017 dan 2018?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kerosakan jalan yang mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan diselenggara?
17) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek perumahan yang terbengkalai mengikut lokasi dan DUN?
-
Berapakah jumlah projek terbengkalai yang berjaya diselamatkan mengikut DUN bermula 2018 sehingga kini?
17) PELABURAN DI LUAR NEGARA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan dengan detail berapakah pelaburan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat di luar Negara ?
-
Sila huraikan apakah jenis pelaburan yang dibuat ?
-
Sila nyatakan bagaimanakah prestasi pelaburan tersebut ?
17) PROJEK MEMBAIKPULIH TEBING & PENDALAMAN SUNGAI LANGAT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan untuk tahun 2013?
-
Sila nyatakan status pelaksanaan projek tersebut sehingga November 2013?
-
Sila nyatakan bagaimanakah pemantauan tebing-tebing yang runtuh sebelum dan setelah baik pulih dilakukan?
-
Apakah tindakan segera yang akan diambil terhadap kawasan tebing sungai yang runtuh yang masih belum baik pulih seperti di Kampung Rantau Panjang, Dusun Tua, Hulu Langat?
-
Sila namakan kontraktor-kontraktor yang terlibat di dalam projek membaik pulih tebing dan mendalamkan Sungai Langat serta prestasi hasil kerja mereka?
17) PERTANIAN UNTUK ANAK MUDA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan sebagai galakkan kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian terutamanya di kawasan Bandar?
-
Sejauhmana bimbingan akan diberikan sekiranya mereka ini berminat samada dari segi peruntukan kewangan dan latihan?
17) ISU KEMISKINAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berikan secara dgn terperinci, statistik mengenai rakyat miskin di negeri Selangor?
-
Apakah masalah yang timbul akibat kemiskinan ini?
-
Apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi membantu mereka?
17) GELANGGANG SUKAN ANAK MUDA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Setakat ini, berapakah bilangan gelanggang sukan yang telah dibina?
-
Apakah syarat-syarat diperlukan untuk mendirikan gelanggang sukan ini?
-
Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan?
17) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan pemutihan kilang haram sehingga bulan Mei 2009 dan berapakah kes yang telah diselesaikan mengikut daerah seluruh Selangor?
-
Berapakah jumlah anggaran kilang haram yang dikenal pasti untuk pemutihan sepanjang tahun 2009 dan jelaskan cara pemutihan yang telah dan bakal dilakukan
17) ADUAN SAMPAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak aduan sampah telah diterima STARS serta sistem aduan setiap PBT pada tahun 2016 dan 2017 dan bagaimana masalah kutipan sampah di kawasan kampung tradisi, kampung bagan dan tempat-tempat lain yang tidak terletak di bawah kawasan pentadbiran PBT dapat diatasi?
17) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah aset-aset Yayasan Selangor sehingga kini?
-
Berapa banyak peruntukan yang diberikan dalam penajaan pendidikan pelajar anak Selangor?
-
Apakah langkah yang diambil bagi memastikan anak yang menerima penajaan ini akan mendapat tempat dan terus berjaya dalam pendidikan?