167) INFRASTRUKTUR ICT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan infrastruktur ICT yang telah disediakan di kawasan Orang Asli.
-
Senaraikan projek baru atau baik pulih bagi infrastruktur ICT mengikut DUN yang telah dilakukan.
167) KILANG PADI DAN BERAS TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri berperanan membantu petani berkaitan harga padi yang tidak stabil dibeli oleh kilang-kilang swasta?
-
Oleh kerana kilang-kilang padi ini membeli padi tempatan, adakah Kerajaan Negeri turut memastikan beras tempatan mencukupi?
-
Apakah Kerajaan Negeri memantau kilang-kilang ini?
167) HADIAH RM1,000 ANAK MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah program ini berjaya merakyatkan ekonomi kepada golongan miskin?
-
Berapa ramaikah anak Selangor yang telah mendapat manfaat daripada program ini?
-
Apakah kerajaan bercadang untuk tidak mengenakan pendapatan RM1,500 sebulan sebagai syarat layak menerima manfaat daripada program ini?
167) SUMBER HASIL PENDAPATAN BAHARU NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui anak-anak syarikat milik Kerajaan untuk meneroka sumber hasil pendapatan baharu buat negeri serta mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan hasil premium tanah?
167) MASALAH BANJIR KILAT DI SEKITAR SELAYANG BARU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini?
-
Berapakah bajet yang telah diperuntukkan bagi menyelesaikan permasalahan ini?
-
Adakah bajet yang telah diperuntukkan pada 2013 bagi menyelesaikan permasalahan ini dan berapa peratus yang telah digunakan?
167) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS) DAN PEDULI SIHAT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima inisiatif KISS dan Peduli Sihat terkini berdasarkan pecahan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Negeri Selangor?
167) ADUAN JALAN ROSAK MENGGUNAKAN APLIKASI WAZE
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kadar penggunaan aplikasi Waze bagi membuat aduan jalan rosak, dari mula diperkenalkan sehingga kini?
167) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Program Wifi Smart Selangor?
-
Apakah prosedur bagi mendapatkan kemudahan tersebut?
-
Berapakah jumlah Wifi Smart Selangor terkini mengikut DUN?
167) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak unit rumah terbengkalai yang diwarisi dari kerajaan barisan nasional sejak 2008?
-
Berapa unit yang telah diselesaikan dan diserahkan kepada pembelinya?
167) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA SELANGOR (SMART SELANGOR)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Mohon berikan statistik jumlah pengguna perkhidmatan bas SMART Selangor bagi tempoh 5 tahun yang lepas dan nyatakan purata jumlah pengguna perkhidmatan bas SMART Selangor setiap hari.
-
Nyatakan sama ada Kerajaan Negeri akan menambahkan kekerapan bas SMART Selangor dari 15 minit sekarang ke 5 minit sebagai contoh dan berapakah jumlah yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan perkhidmatan bas SMART Selangor?
-
Nyatakan sama ada Kerajaan Negeri akan memperkenalkan laluan baharu bagi perkhidmatan bas SMART Selangor dan berapakah target jumlah penumpang sehari perkhidmatan bas SMART Selangor?