167) PEMBANGUNAN PELANCONGAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah keberkesanan kempen pelancongan "Pusing Selangor Dulu" sejak Jun tahun 2020 hingga tahun 2023?
-
Bagaimanakah kempen tersebut bakal melipatgandakan kemasukan pelancong sempena dengan pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025?
-
Adakah terdapat perancangan untuk memperkenalkan lebih banyak pengangkutan awam yang mesra pelancong?
167) SELANGOR MENCATATKAN BILANGAN KES DENGGI TERTINGGI DENGAN 748 KES PADA MINGGU EPIDEMIOLOGI (ME) KE-39 IAITU DARI 25 SEPTEMBER HINGGA 1 OKTOBER 2022
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program dan berapakah dana yang Kerajaan Negeri telah belanjakan untuk program menangani wabak denggi yang tidak berkesudahan sehingga kini?
167) JALAN DAN LAMPU JALAN YANG ROSAK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memperbaiki jalan rosak di Jalan Utama Bukit Changgang-Salak Tinggi?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memperbaiki jalan rosak di Jalan Jenderam-Dengkil?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memperbaiki lampu jalan jenis LED yang malap dan tidak berfungsi di Jalan Jenderam-Dengkil?
167) MANIFESTO PAKATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kerajaan negeri Selangor memenuhi manifesto pakatan pilihanraya ketiga belas?
167) TANAH MILIK KERAJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Untuk mengatasi masalah pengangguran yang boleh dikatakan agak serius boleh kah dibenarkan tanah-tanah milik Kerajaan yang terdapat di kawasan pinggir perkampungan dalam negeri Selangor ini dimajukan untuk pertanian jangka pendek (kontan)?
167) INFRASTRUKTUR ICT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan infrastruktur ICT yang telah disediakan di kawasan Orang Asli.
-
Senaraikan projek baru atau baik pulih bagi infrastruktur ICT mengikut DUN yang telah dilakukan.
167) ADUAN JALAN ROSAK MENGGUNAKAN APLIKASI WAZE
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kadar penggunaan aplikasi Waze bagi membuat aduan jalan rosak, dari mula diperkenalkan sehingga kini?
167) HADIAH RM1,000 ANAK MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah program ini berjaya merakyatkan ekonomi kepada golongan miskin?
-
Berapa ramaikah anak Selangor yang telah mendapat manfaat daripada program ini?
-
Apakah kerajaan bercadang untuk tidak mengenakan pendapatan RM1,500 sebulan sebagai syarat layak menerima manfaat daripada program ini?
167) SUMBER HASIL PENDAPATAN BAHARU NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui anak-anak syarikat milik Kerajaan untuk meneroka sumber hasil pendapatan baharu buat negeri serta mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan hasil premium tanah?
167) MASALAH BANJIR KILAT DI SEKITAR SELAYANG BARU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini?
-
Berapakah bajet yang telah diperuntukkan bagi menyelesaikan permasalahan ini?
-
Adakah bajet yang telah diperuntukkan pada 2013 bagi menyelesaikan permasalahan ini dan berapa peratus yang telah digunakan?