166) INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua penambahbaikan dalam institusi mahkamah syariah dari 2008 sehingga kini.
-
Nyatakan jumlah kakitangan di mahkamah syariah negeri dan daerah.
-
Nyatakan jumlah perbicaraan dan kes yang difailkan dari 2014-2017 di Selangor.
166) PROJEK PEMBINAAN JALAN B48 JENDERAM – SEPANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan keperatusan kerja siap pembinaan jalan B48?
-
Bilakah dijangka pembinaan jalan B48 akan siap dibina?
166) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menaik taraf sistem perparitan di Selangor bagi menangani isu banjir?
166) CAPAIAN INTERNET DI KAWASAN LUAR BANDAR (DAERAH SEPANG DAN KUALA LANGAT)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menaik taraf capaian internet di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Pulau Meranti Tambahan, Sungai Merab, Desa Putra, Kg Limau Manis, Bukit Changgang, Labohan Dagang dan Olak Lempit?
166) BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Minta pihak kerajaan mengeluarkan data terkini berapakah peratusan para penerima biasiswa dan pinjaman Negeri Selangor yang kini sudah mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membayar semula pinjaman.
166) IBU TUNGGAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ibu tunggal yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri?
-
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu ibu tunggal di Selangor semenjak Mac 2008? Berikan butir-butir.
166) KOMPAUN LETAK KERETA, TIADA LESEN PERNIAGAAN DAN KOMPAUN BANGUNAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah dan nilai kompaun salah letak kereta, tiada lesen perniagaan, penguatkuasaan dan kompaun bangunan yang belum dijelaskan mengikut daerah dan adakah tawaran diskaun akan diberikan ?
166) PENGURUSAN BEKALAN AIR DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan semula untuk menambah kapasiti simpanan air bersih dan menukar paip-paip air lama sebagai langkah mengatasi masalah air di selangor?
-
Jika ya, bila dijangka mula dan akan selesai?
-
Jika tidak, apakah langkah-langkah alternatif?
166) PERANCANGAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan pelancongan di kawasan-kawasan yang berpotensi di Negeri Selangor seperti DUN Sungai Pelek?
166) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah objektif utama pelaksanaan Skim tersebut
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan untuk menjayakan Skim tersebut.
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan yang diterima dan kriteria yang dikenakan.