166) IBU TUNGGAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ibu tunggal yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri?
-
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu ibu tunggal di Selangor semenjak Mac 2008? Berikan butir-butir.
166) KOMPAUN LETAK KERETA, TIADA LESEN PERNIAGAAN DAN KOMPAUN BANGUNAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah dan nilai kompaun salah letak kereta, tiada lesen perniagaan, penguatkuasaan dan kompaun bangunan yang belum dijelaskan mengikut daerah dan adakah tawaran diskaun akan diberikan ?
166) LESEN PREMIS PENDIDIKAN SWASTA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
-
Adakah permohonan untuk mendaftarkan premis pendidikan swasta terutama maahad tahfiz akan diselaraskan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama di premis perniagaan?
166) PENGURUSAN BEKALAN AIR DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan semula untuk menambah kapasiti simpanan air bersih dan menukar paip-paip air lama sebagai langkah mengatasi masalah air di selangor?
-
Jika ya, bila dijangka mula dan akan selesai?
-
Jika tidak, apakah langkah-langkah alternatif?
166) Masalah Infrastruktur
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kenapa kelulusan diberi kepada zon industri tetapi kekurangan kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan air, telefon dan jalanraya?
166) TANAH REZAB MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan keseluruhan tanah Rizab Melayu di negeri Selangor
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Dalam Mengekal Dan Mempertahankan Tanah Rizab Melayu Di Negeri Selangor
166) FOOD BANK
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana keberkesanan projek Food Bank ini?
-
Senaraikan kawasan yang sudah memiliki Food Bank dan berapa peruntukan yang telah diberikan untuk projek Food Bank ini pada tahun 2019?
166) TANAMAN PADI 5 KALI UNTUK 2 TAHUN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana kemajuan kajian cadangan tanaman padi 5 kali sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah halangan-halangan jika ada?
-
Adakah langkah-langkah lain dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran padi?
166) PROJEK PEMBINAAN JALAN B48 JENDERAM – SEPANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan keperatusan kerja siap pembinaan jalan B48?
-
Bilakah dijangka pembinaan jalan B48 akan siap dibina?
166) CUKAI PINTU PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah cukai pintu yang diperolehi dalam kawasan DUN Jeram?