165) KITAR SEMULA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan sasaran Kerajaan bagi perlaksanaan kitar semula di peringkat negeri dan PBT. Apakah langkah-langkah yang sedang dan akan di ambil untuk menjayakannya
165) PENGGERAK BELIA TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Pelaksanaan Penggerak Belia Tempatan disandarkan kepada PBT sedangkan ianya merupakan satu program kritikal Kerajaan Negeri. Ia merupakan dasar penting yang perlu mengembangkan dasar-dasar sokongan di peringkat pelaksanaan. Selaras dengan prinsip kakitangan awam hanya sebagai pelaksana dan tidak sewajarnya menerajui penggubalan dasar-dasar kerajaan. Bukankah lebih tepat pelaksanaan Penggerak Belia Tempatan diletakkan di bawah pentadbiran ADUN?
-
Jika isunya adalah sistem sokongan dan peruntukan kewangan, mengapa Kerajaan Negeri tidak boleh mengeluarkan peruntukan dari Belanjawan Negeri untuk menjayakan program ini?
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk meletakkan program ini di bawah pentadbiran ADUN?
165) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PERDAGANGAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah core business Standco ini?
-
Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?
165) MASALAH PASAR BESAR MERU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka masa panjang MPK untuk menaiktaraf kemudahan dan mutu perkhidmatan di Kompleks Pasar Besar Klang ini.
-
Berapakah nilai peruntukan yang dirancangkan untuk menaiktaraf kompleks ini bagi menaik ramai pengguna datang ke Pasar Besar ini.
165) E-KASIH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Sistem E-Kasih masih mengambil masa untuk diubahsuaikan dengan keadaan rakyat Selangor walaupun telah dimula gunapakai di Selangor. Adakah kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mengubahsuaikan sistem ini supaya ia boleh membezakan status B40 yang berlainan mengikut keadaan negeri-negeri?
165) MASJID DUN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status kini berkenaan permohonan pembinaan masjid baru di Taman Pelangi Rawang.
-
Nyatakan status kini berkenaan permohonan baik pulih Masjid Nurul Iman Rawang.
-
Nyatakan status kini berkenaan penyelesaian isu hak milik tanah masjid di Batu Arang.
165) MENAIK TARAF INFRASTRUKTUR DAN UTILITI DI KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf infrastruktur dan utiliti di kawasan perindustrian seperti jalan, perparitan, bekalan elektrik, air dan jaringan internet?
165) JEREBU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah keadaan jerebu yang berlaku di Negeri Selangor dan nyatakan kawasan-kawasan yang teruk mengalami jerebu tersebut ?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan keadaan jerebu yang berlaku ?
165) TANAH TERBIAR DAN RUMAH TERBENGKALAI DI BESTARI JAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk mengatasi tanah-tanah perumahan yang terbiar dan rumah-rumah terbengkalai di Bestari Jaya yang mengakibatkan masalah kesihatan serta menggalakkan penagih dadah untuk menghuni rumah-rumah terbengkalai tersebut?
165) PRESTASI AIR SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini penstrukturan semula air Negeri Selangor?
-
Apakah status terkini penggantian paip lama dan pencapaian NRW?