165) JAMBATAN TERBENGKALAI YANG MENGHUBUNGKAN KOTA WARISAN DAN KLIA, SEPANG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status jambatan sambungan yang terletak di persimpangan Jalan Persekutuan FT 29 dan Jalan Persekutuan FT 32?
-
Bilakah projek jambatan tersebut akan dimulakan semula?
165) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI- PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong selepas keputusan MMKN Bil. 15/2015 bertarikh 29.4.2015 untuk meminta Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd menerima 181 penama telah dimaklumkan kepada mereka pada 30.6.2015?
165) TARAF HIDUP ORANG ASLI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup Orang Asli di Negeri Selangor?
165) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah pembinaan baru sekolah rendah agama (SRA) mengikut daerah dari tahun 2016-2019.
-
Apakah kriteria utama bagi tujuan pembinaan sekolah rendah agama (SRA) di mana keperluan mendesak di kalangan penduduk di Bandar Bukit Mahkota Bangi?
165) MEMBINA DAN MENAIKTARAF PROJEK BANGUNAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana kerja-kerja membina dan menaiktaraf projek bangunan termasuk membaikpulih istana seluruh Selangor dan pelbagai projek bangunan telah dijalankan?
165) PWB (PUSAT WANITA BERDAYA)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah sebenar yang dihadapi hingga pelantikan masih tertangguh
-
Kenapa perlu ditemuduga untuk melantik hanya seorang penyelia atau penyelaras
-
Kenapa tidak lantikan hanya dibuat oleh ADN untuk mengelak banyak birokrasi
165) SKIM PEMILIKAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan KNS untuk memutihkan tanah-tanah pertanian yang salah guna sebagai rumah kediaman?
-
Berapakah tindakan pemutihan yang telah di ambil di bawah Skim Pemilikan Rumah Kediaman?
-
Sila jelaskan usaha-usaha yang diambil?
165) STATUS PELAKSANAAN PENYELESAIAN YANG DICAPAI PADA 7 APRIL 2016 DAN 23 MEI 2016 TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENEROKA-PENEROKA DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Selepas penyelesaian dicapai pada 7/4/2016 dan 23/5/2016, Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd masih belum menandatangani apa-apa perjanjian dengan 123 peneroka yang telah ditentukan sehingga kini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan proses penyelesaian tersebut?
165) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor dan huraikan status terperinci mengenainya perancangan memantapkannya?
165) TADIKA DI TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Pemaju selalunya akan membina kemudahan-kemudahan awam dalam membangunkan sesuatu kawasan. Salah satu daripadanya ialah tadika yang kemudiannya akan diserah kepada PBT untuk disewa. Apakah ini satu syarat mandatori ataupun ianya hanya mengikut dasar sesuatu PBT semata-mata?