165) PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKPULIHAN PADANG BOLA SEPAK AWAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan penyelenggaraan dan pembaikpulihan padang-padang bola sepak awam dan adakah inisiatif ini mampu mencungkil bakat baru dalam sukan ini?
165) KAWASAN REKREASI KELUARGA BATU LAUT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria yang menyebabkan kawasan ini mendapat anugerah pantai tercantik di Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk membangunkan pantai ini?
165) MEMBINA DAN MENAIKTARAF PROJEK BANGUNAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana kerja-kerja membina dan menaiktaraf projek bangunan termasuk membaikpulih istana seluruh Selangor dan pelbagai projek bangunan telah dijalankan?
165) KONTRAKTOR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah jumlah usahawan kontraktor yang berdaftar di Negeri Selangor sehingga Disember 2008 mengikut kelas ?
-
Berapakah jumlah nilai projek yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri (Pejabat Daerah, PBT dan agensi-agensi Kerajaan Negeri) kepada Kontraktor kelas F dari bulan April hingga Disember 2008?
-
Apakah langkah-langkah drastik yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan usahawan tersebut khususnya kontraktor kelas F memandangkan ianya seratus peratus adalah bumiputera?
165) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI- PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong selepas keputusan MMKN Bil. 15/2015 bertarikh 29.4.2015 untuk meminta Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd menerima 181 penama telah dimaklumkan kepada mereka pada 30.6.2015?
165) BANTUAN SEKOLAH CINA DAN INDIA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jenis bantuan yang diberikan kepada Sekolah Cina dan Indi
-
Nyatakan jumlah bantuan untuk Sekolah Cina dan India dari 2016-2018
165) E-KASIH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Sistem E-Kasih masih mengambil masa untuk diubahsuaikan dengan keadaan rakyat Selangor walaupun telah dimula gunapakai di Selangor. Adakah kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mengubahsuaikan sistem ini supaya ia boleh membezakan status B40 yang berlainan mengikut keadaan negeri-negeri?
165) SKIM PEMILIKAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan KNS untuk memutihkan tanah-tanah pertanian yang salah guna sebagai rumah kediaman?
-
Berapakah tindakan pemutihan yang telah di ambil di bawah Skim Pemilikan Rumah Kediaman?
-
Sila jelaskan usaha-usaha yang diambil?
165) TARAF HIDUP ORANG ASLI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup Orang Asli di Negeri Selangor?
165) KEMUDAHAN UNTUK GOLONGAN OKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah penyediaan kemudahan golongan OKU seperti jalan tanjak diwajibkan di dalam syarat pembinaan premis perniagaan/ perkhidmatan di dalam Negeri Selangor?