164) PELUPUSAN ANJING TERBIAR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri akan menggunakan Tatacara Operasi Piawaian penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di Kawasan PBT. Sila huraikan maksud pelupusan dan kaedah-kaedah digunakan. Apakah menembak mati termasuk kaedah pelupusan? Jika cara ini pernah digunakan, adakah ia akan diberhentikan?
165) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PERDAGANGAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah core business Standco ini?
-
Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?
165) MASALAH PASAR BESAR MERU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka masa panjang MPK untuk menaiktaraf kemudahan dan mutu perkhidmatan di Kompleks Pasar Besar Klang ini.
-
Berapakah nilai peruntukan yang dirancangkan untuk menaiktaraf kompleks ini bagi menaik ramai pengguna datang ke Pasar Besar ini.
165) E-KASIH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Sistem E-Kasih masih mengambil masa untuk diubahsuaikan dengan keadaan rakyat Selangor walaupun telah dimula gunapakai di Selangor. Adakah kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mengubahsuaikan sistem ini supaya ia boleh membezakan status B40 yang berlainan mengikut keadaan negeri-negeri?
165) MASJID DUN RAWANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status kini berkenaan permohonan pembinaan masjid baru di Taman Pelangi Rawang.
-
Nyatakan status kini berkenaan permohonan baik pulih Masjid Nurul Iman Rawang.
-
Nyatakan status kini berkenaan penyelesaian isu hak milik tanah masjid di Batu Arang.
165) MENAIK TARAF INFRASTRUKTUR DAN UTILITI DI KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf infrastruktur dan utiliti di kawasan perindustrian seperti jalan, perparitan, bekalan elektrik, air dan jaringan internet?
165) PRESTASI AIR SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini penstrukturan semula air Negeri Selangor?
-
Apakah status terkini penggantian paip lama dan pencapaian NRW?
165) JEREBU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah keadaan jerebu yang berlaku di Negeri Selangor dan nyatakan kawasan-kawasan yang teruk mengalami jerebu tersebut ?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan keadaan jerebu yang berlaku ?
165) TANAH TERBIAR DAN RUMAH TERBENGKALAI DI BESTARI JAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk mengatasi tanah-tanah perumahan yang terbiar dan rumah-rumah terbengkalai di Bestari Jaya yang mengakibatkan masalah kesihatan serta menggalakkan penagih dadah untuk menghuni rumah-rumah terbengkalai tersebut?
165) AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status penerimaan dan perlaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007?