164) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan PBT untuk Program Total Clean PBT yang berlangsung pada OktoberDisember 2014
-
Apakah masalah yang dikenal pasti sepanjang pelaksanaan Program Total Clean PBT?
-
Apakah perancangan holistik untuk atasi masalah pengurusan sisa pepejal?
164) ISU BERKAITAN PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli Parlimen dan ADUN dilibatkan dalam memberikan maklum balas tentang projek MRT kerajaan pusat?
-
Apakah peranan yang boleh dimainkan Kerajaan Negeri dalam mengatasi kesesakan lalu lintas dan kepadatan pembangunan khususnya di Petaling Jaya memandangkan agensi seperti LLM, SPAD, Rapid KL berada di bawah Kerajaan Pusat?
164) PROJEK D44 DILIHAT OLEH RAKYAT SEBAGAI LAMBANG TERBESAR KEGAGALAN ADUN DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah wajar rakyat beranggapan seperti ini? Apakah cadangan dan tindakan paling wajar dilakukan oleh Kerajaan Negeri?
164) PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan telah disalurkan dalam perkhidmatan setakat ini?
-
Dimanakah lokasinya perkhidmatan ini?
-
Adakah rancangan tersebut diperluaskan ke bahagian selatan Selangor iaitu DUN Sg Pelek?
164) KES JENAYAH/JUVANA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik jenayah juvana/pelajar mengikut daerah di negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang di ambil oleh kerajaan dalam menangani masalah jenayah di kalangan pelajar/juvana?
-
Apakah perancangan yang diambil bagi mengurangkan kes jenayah juvana?
164) UTILITI MAPPING DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos dan perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja utiliti mapping di setiap PBT?
-
Apakah agensi dan jabatan yang terlibat dalam program utiliti mapping?
-
Sehingga kini bagaimanakah pencapaiannya yang di per oleh?
164) SISTEM WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan 1 senarai yang lengkap lokasi pemasangan Wifi Smart Selangor
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Selangor sehingga Wifi Smart Selangor tidak dapat dilaksanakan di seluruh Selangor?
164) LEBUH RAYA KIDEX
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan kertas-kertas kerja, laporan-laporan ataupun minit-minit mesyuarat yang berkenaan semasa Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk pengambilan tanah bagi projek lebuh raya KIDEX.
164) PENGUATKUASAAN TERHADAP PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI MPK
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kompaun yang telah dikeluarkan oleh pihak MPK terhadap pembuangan sampah haram.
-
Nyatakan jumlah kenderaan yang telah disita oleh MPK mengikut jenis kenderaan berat dan ringan akibat pembuangan sampah haram.
-
Berapa anggota pasukan penguatkuasa JPP, MPK?
164) Skim Peduli Sihat Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mahu mengekalkan orang bujang sebagai penerima manafaat Skim Peduli Sihat sedangkan mereka masih sihat, muda dan tiada tanggungan dan menyerahkan kouta ini kepada warga emas yang lebih memerlukan bantuan kesihatan.