164) RIZAB KEWANGAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan terkini rizab kewangan Negeri Selangor dan apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan perbelanjaan dan pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah tatkala berdepan krisis pandemik seperti ini?
164) GARIS PANDUAN MARRIS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menerima Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian MARRIS yang telah ditambah baik seperti diumumkan dalam kenyataan akhbar YAB. Perdana Menteri di Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2019 pada 27 Mei 2019? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
164) BANTUAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada NGO di Selangor dari tahun 2014-2016
-
Berapakah jumlah permohonan bantuan oleh NGO pada 2014-2016 dan peratus diluluskan?
-
Nyatakan prosedur permohonan
164) PENYURAIAN KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat pelan pengangkutan baru atau mengkaji semula pelan pengangkutan sedia ada?
-
Apakah perancangan meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam di kawasan selatan Selangor supaya dapat mengatasi kesesakan jalan raya di kawasan tersebut?
164) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah rumah ibadat selain Islam pada tahun 2010, 2013 dan 2016 mengikut agama
-
Apakah prosedur untuk permohonan rumah ibadat selain Islam?
164) PEMERKASAAN BELIA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkasakan belia melalui peluang pekerjaan, latihan kemahiran, dan keusahawanan?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan kemudahan sukan bagi membolehkan belia terlibat dalam aktiviti sukan?
-
Apakah langkah kerajaan untuk menagani isu kesihatan mental dalam kalangan belia, termasuk menyediakan sokongan psikologi dan kaunseling?
164) RANCANGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK PENIAGA PBT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk melanjutkan polisi tempoh sewaan gerai-gerai milik PBT?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh lesen sementara bagi peniaga-peniaga yang terkesan akibat wabak Covid-19, walaupun telah memasuki fasa endemik?
164) MAKLUMBALAS RAKYAT MENGENAI SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status engagement dengan rakyat Selangor dalam mendapatkan maklumbalas mereka untuk program Smart Selangor yang dilancarkan Kerajaan Negeri setakat ini?
164) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kutipan dan perbelanjaan Lembaga Zakat Selangor pada 2021 dan 2022?
-
Nyatakan keberkesanan operasi Lembaga Zakat Selangor dalam memastikan kebajikan rakyat negeri terjamin?
164) PRESTASI PELABURAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah prestasi pelaburan pada 2019 menepati sasaran yang ditetapkan Kerajaan Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan jumlah pelaburan asing (FDI) di Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga pertengahan tahun 2019.