164) TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL DAN SEKOLAH CHINA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila sebutkan tanah yang telah diperuntukkan kepada sekolah-sekolah tersebut?
164) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI SELANGOR (SPN)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kakitangan di bawah SPN menggikut jantina, kaum, tetap dan kontrak?
-
Senaraikan program latihan bagi membangunkan kemahiran penjawat awam di Selangor dari 2014-2017.
-
Nyatakan jumlah kenaikan taraf penjawat awam dari kontrak ke tetap dari 2014-2017.
164) STATUS RUMAH SELANGORKU MORIB
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah masih ada masalah berkenaan projek Rumah Selangorku di Morib dan apakah tindakan dari pihak Kerajaan Negeri?
-
Bilakah rumah ini akan diserahkan kepada pemiliknya?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan ke atas pemaju atas kelewatan projek ini?
164) PROGRAM CERIA (MENGECAT SEMULA FLAT)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pangsapuri-pangsapuri yang telah diluluskan untuk Program Ceria (mengecat semula flat) mengikut pecahan PBT daripada tahun permulaan program ini sehingga Jun 2012.
-
Senaraikan jumlah nilai peruntukan yang digunakan untuk Program Ceria- mengecat semula flat mengikut pangsapuri-pangsapuri yang telah diluluskan dan pecahan PBT sejak tahun mulanya program ini sehingga Jun 2012.
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah flat kos rendah yang tidak dapat membentuk JMB untuk menguruskan pentadbiran flat?
164) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan PBT untuk Program Total Clean PBT yang berlangsung pada OktoberDisember 2014
-
Apakah masalah yang dikenal pasti sepanjang pelaksanaan Program Total Clean PBT?
-
Apakah perancangan holistik untuk atasi masalah pengurusan sisa pepejal?
164) Skim Peduli Sihat Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mahu mengekalkan orang bujang sebagai penerima manafaat Skim Peduli Sihat sedangkan mereka masih sihat, muda dan tiada tanggungan dan menyerahkan kouta ini kepada warga emas yang lebih memerlukan bantuan kesihatan.
164) PENAMBAHAN RUMAH SELANGORKU DAN RUMAH IDAMAN DI DAERAH SEPANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menambah projek perumahan Rumah SelangorKu dan Rumah Idaman di Daerah Sepang?
-
Adakah Kerajaan Negeri terkesan dengan kenaikan kos harga barang binaan dan berapakah kos terkini bagi Rumah SelangorKu dan Rumah Idaman seunit?
164) PEMERKASAAN TVET
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Sejak penjenamaan semula INPENS kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) pada tahun 2020, mohon pihak kerajaan negeri nyatakan peratusan keberhasilan graduan daripada STDC ini mengikut kategori kursus yang telah ditawarkan.
164) PEMULIHARAAN PANTAI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah langkah-langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihkan semula kawasan pantai dengan menanam pokok-pokok bakau?
-
Sila nyatakan jumlah keluasan kawasan pantai yang telah dipulihkan semula dengan tanaman bakau mengikut daerah?
164) SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pemohon Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSel) mengikut pecahan DUN.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menurunkan kelayakan had umur skim ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan skim seperti ini untuk kesihatan kaum lelaki?