163) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kemajuan semua PeBT di Selangor?
-
Apakah perkara baru yang diperkenalkan oleh PeBT?
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada setiap PeBT dari 2014-2016
163) AIR PERCUMA SETIAP BULAN (IPR1)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah meter padu dan kos pemberian air percuma dari 2014-2016
-
Apakah Kerajaan Negeri akan menambah jumlah pemberian air percuma?
163) TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR (TAWAS)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah bayi sasaran dan juga jumlah bayi yang berjaya didaftarkan di bawah Tabung Anak Warisan Selangor daripada tahun 2008-2010 ?
-
Senaraikan jumlah peruntukan kerajaan negeri yang digunakan untuk skim TAWAS daripada tahun 2008-2010
-
Senaraikan aktiviti yang telah dan akan dijalankan untuk bayi yang berjaya didaftarkan daripada tahun 2008-2010 mengikut pecahan daerah.
163) SEKOLAH TAHFIZ NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sekolah tahfiz yang telah didaftarkan mengikut Daerah dan nyatakan nama sekolah-sekolah tersebut?
-
Berapakah jumlah sekolah tahfiz yang belum berdaftar mengikut Daerah dan nyatakan nama sekolah-sekolah tersebut?
-
Apakah tindakan dan perancangan Kerajaan bagi memastikan semua sekolah tahfiz yang telah dikenalpasti didaftarkan serta diselia dengan baik?
163) USAHA MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI KAWASAN- KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk membantu mengatasi masalah lambakan sampah sarap dan sisa pepejal di kawasan-kawasan kampung yang tidak terurus dan dibuang merata-rata?
-
Nyatakan rancangan Kerajaan.
163) PRESTASI EXCO
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Setiap EXCO seharusnya mempunyai sasaran keberhasilan bagi setiap portfolio dibawah tanggungjawab mereka.Apakah sasaran keberhasilan setiap EXCO untuk tahun ini?
-
Bagaimanakah prestasi semasa setiap EXCO berdasarkan portfolio?
-
Adakah keberhasilan yang boleh dibanggakan oleh setiap EXCO sejak 2018 dan bagaimanakah ia diukur?
163) SEKOLAH BAHASA IBUNDA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak sekolah akan dibenarkan untuk memohon menukar sesuatu kawasan lapang menjadi kawasan sekolah?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada setiap jenis sekolah (sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil) dari tahun 2004 hingga 2007?
163) INSENTIF KURSUS PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Carta aliran permohonan untuk insentif kursus perkahwinan dan kekeluargaan telah di rangka dan syarat-syarat permohonan telah di buat, soalan saya bilakah insentif kursus perkahwinan dan kekeluargaan akan di buka?
163) KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan atau dasar baru Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar di negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah terkini penduduk miskin bandar bagi tahun 2014?
-
Nyatakan julat pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin bandar?
163) BADAN PENGURURAN BERSAMA (JMB/MC)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan kes-kes JMB dan MC yang telah melanggar AKTA 757 yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Bangunan COB di setiap PBT setiap tahun?
-
Nyatakan jenis-jenis kes yang melibatkan isu di atas?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mencegah perkara ini berulang?