163) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi kerajaan untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri memandangkan tahun 2025 merupakan Tahun Melawat Selangor?
-
Apakah strategi jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan sumber pendapatan ekonomi yang dijana melalui industri perlancongan akan berterusan?
163) CAJ PARKIR KENDERAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah kandungan terperinci dalam perjanjian caj parkir kenderaan yang terikat dengan Syarikat Suasa Efektif Sdn Bhd bersama PBT dalam Selangor?
163) SUMBANGAN BANJIR BANTUAN SELANGOR BANGKIT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah data Ketua Isi Rumah (KIR) bagi permohonan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat? Nyatakan secara khusus permohonan yang diluluskan dan juga permohonan yang ditolak.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan Bantuan Selangor Bangkit yang dilaporkan terdapat ketirisan khususnya permohonan yang bertindan?
-
Adakah terdapat penambahbaikan Bantuan Selangor Bangkit bagi memudahkan pemohon bantuan banjir?
163) INFRA SUKAN PBT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kemudahan sukan yang bukan aliran utama seperti Ragbi dan Hoki yang berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor di setiap daerah.
163) PWB
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambahkan peruntukan tambahan kepada PWB di setiap DUN?
163) PROGRAM KHUSUS WARGA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program baharu yang bakal dilakukan untuk golongan warga emas yang kian bertambah di seluruh Selangor?
-
Adakah penglibatan warga emas dalam program sedia ada ini makin bertambah?
163) SKIM PELABURAN CEPAT KAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani skim pelaburan cepat kaya di Selangor?
-
Nyatakan statistik kes di Selangor yang menjadi mangsa kepada skim cepat kaya pada tahun 2014 mengikut daerah?
163) PEMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan ataupun langkah yang telah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam memodenkan pertanian di negeri Selangor?
-
Sila berikan statistik yang menunjukkan bahawa proses pemodenan pertanian sedang giat berkembang.
163) SOP PEMULIHARAAN EMPANGAN KLANG GATE
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Keadaan sungai yang mengalir dari Empangan Klang Gate buat masa ini kelihatan kotor, berlumut, dahan-dahan pokok jatuh ke dalam sungai. Apakah peranan dan SOP setiap pihak yang ditugaskan untuk menguruselia kawasan tersebut?
163) TASK FORCE COVID-19 NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan pasukan Task Force Menangani COVID-19 Negeri Selangor untuk memastikan jumlah rakyat Selangor yang dijangkiti COVID-19 rendah?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor tidak berperanan penuh dalam membendung penularan jangkitan COVID-19 di Negeri Selangor?