163) PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan pelajar yang menerima pinjaman pelajaran Kerajaan Negeri pada 2022 dan jumlahnya?
-
Nyatakan statistik pembayaran semula pinjaman pelajaran Kerajaan Negeri sehingga kini?
163) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan Projek-projek terbengkalai, status, tindakan semasa dan anggaran tempoh penyelesaian dalam Pentadbiran MPAJ
163) PROJEK STORM WATER
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini projek Storm Water kerajaan negeri Selangor yang memperuntukkan RM100 Juta belanjawan untuknya tahun ini bagi kesejahteraan rakyat negeri Selangor?
-
Bilakah ianya dijangka akan siap sepenuhnya dan digunakan?
-
Berapa banyak jangkaan rizab air terawat Selangor akan bertambah sekiranya projek ini beroperasi sepenuhnya?
163) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan pemulihan industri pelancongan Selangor pasca pandemik?
163) PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah penglibatan kerajaan negeri dalam NGOÕs global dan agensi Bangsabangsa Bersatu dalam mengatasi masalah Human Trafficking?
163) KEMAJUAN UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan UNISEL dalam kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Asia bagi tahun 2018 hingga 2021?
-
Apakah usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi akedemik UNISEL?
163) HAMPER ORANG MISKIN UNTUK PERAYAAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan dan jenis barang-barang yang dibeli kerajaan serta harga keseluruhan dan syarikat pembekalnya untuk setiap perayaan setiap tahun sejak 2008.
-
Terangkan secara ringkas proses perolehannya dan apakah pekeliling perbendaharaan yang perlu dipatuhi dalam proses ini.
163) PRESTASI GLC
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi keseluruhan GLC dan senaraikan GLC yang mengalami kerugian akibat pandemik COVID-19.
-
Nyatakan sebab dan rancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan semula prestasi GLC yang rugi dan terjejas.
163) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kemajuan semua PeBT di Selangor?
-
Apakah perkara baru yang diperkenalkan oleh PeBT?
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada setiap PeBT dari 2014-2016
163) COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Dalam menghadapi COVID-19, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan Selangor apabila Pakatan Harapan tidak lagi menjadi Kerajaan Persekutuan. Bagaimana kerajaan Selangor mengatasi masalah-masalah tersebut?