162) KURSUS PERKAHWINAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peserta yang mengikuti program kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas menamatkan Insentif Perkahwinan Belia.
-
Senaraikan program kursus perkahwinan tersebut mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri
162) LESEN PUSAT SIBER
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah lesen dan jenis pusat siber terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT
-
Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?
162) PENINGKATAN KES PENDERAAN DAN MENTAL
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan bagi menangani isu peingkatan kes penderaan dan mental di Selangor?
-
Berapa banyak kes yang telah berjaya ditangani dan berjaya sehingga ke peringkat memberi pembelaan kepada mangsa? Nyatakan kes-kes tersebut.
162) PENGGUNAAN KENDERAAN ELEKTRIK DALAM AGENSI KERAJAAN TEMPATAN / NEGERI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan setiap agensi/ PBT/ jabatan yang telah menggunakan kenderaaan elektrik secara terperinci termasuk jenis kenderaan (e.g. bas, motor, kereta), tujuan penggunaan (e.g. transport, penguatkuasaan dan lain-lain) dan jumlah kenderaan elektrik yang dimiliki.
162) PRESTASI KEWANGAN YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan YAWAS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016
-
Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan YAWAS.
162) ALAM FLORA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Mengapa Kerajaan Negeri tidak mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas Alam Flora yang gagal menjalankan kerja dengan baik?
162) 7 TNB PYLON MENGEPUNG TAMAN CHERAS HARTAMAS
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menerima laporan pakar memastikan 4 paip air besar yang telah dialihkan ke bawah Jajaran TNB adalah selamat, tidak mengugat keselamatan penduduk?
-
Adakah TNB telah memberi akujanji kepada Kerajaan Negeri pemasangan pylon sebegini tidak menjejaskan kesihatan penduduk?
162) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah lesen PHK yang telah diluluskan mengikut PBT dari 2017-2019?
-
Apakah mekanisma yang diambil bagi memastikan pelesen-pelesen PHK ini tidak menyalahgunakan lesen tersebut untuk aktiviti haram seperti judi haram?
-
Apakah kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu lesen PHK itu diluluskan?
162) STANCO PENDIDIKAN SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Siapakah adalah ahli-ahli Stanco yang menjaga portfolio pendidikan Selangor?
-
Apakah polisi yang telah digubal oleh Stanco pendidikan kerajaan negeri?
-
Apakah kriteria untuk melantik ahli-ahli Stanco tersebut?
162) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah permohonan Zakat sepanjang tahun 2021 dan 2022 mengikut daerah.
-
Senaraikan jenis - jenis bantuan dan jumlah penerima yang mendapat bantuan bagi DUN Sungai Air Tawar pada tahun 2020, tahun 2021 dan 2022. Perincikan.