162) PELABURAN DAN HALAL HUB
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini pelaburan masuk ke negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri mengambil kesempatan dasar hub halal tempatan & global. Jika 'Ya' apakah status perkembangan dasar ini di Selangor?
162) STANCO PENDIDIKAN SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Siapakah adalah ahli-ahli Stanco yang menjaga portfolio pendidikan Selangor?
-
Apakah polisi yang telah digubal oleh Stanco pendidikan kerajaan negeri?
-
Apakah kriteria untuk melantik ahli-ahli Stanco tersebut?
162) PINTU GERBANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi pembinaan pintu gerbang di sempadan masuk Selangor.
-
Nyatakan kos dan sumber kewangan bagi membina pintu gerbang tersebut.
162) BAJA ORGANIK PKPS
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
PKPS ada menghasilkan produk baja organik sendiri di bawah jenama Ehsan. Berapa banyak yang dihasilkan pada tahun ini dan adakah PKPS bercadang untuk menjalankan program CSR / Kitar semula dengan rakyat dan petani untuk menghasilkan baja organik di peringkat komuniti?
162) UNISEL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sebenar pelajar UNISEL terkini untuk kedua-dua kampus Shah Alam dan Bestari Jaya?
-
Nyatakan komposisi kaum berdasarkan jumlah pelajar terkini
162) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik terkini permohonan Rumah Selangorku sehingga kini mengikut daerah.
-
Berapakan peratusan permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?
162) PEMBERIAN TANAH UNTUK TAPAK SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah tapak tanah SJKC yang telah diluluskan oleh KNS sejak 5 tahun lalu.
-
Sila nyatakan jumlah tapak tanah SJKT dan SAR yang diluluskan oleh KNS sejak 5 tahun lalu.
-
Apakah KNS bersedia meluluskan tapak tanah untuk SMP Cina?
162) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri melalui PBT bercadang untuk menerokai teknologi baru pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan mesra alam ?
162) KEBAJIKAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini
-
Sila kemukakan senarai lengkap ibu tunggal yang dapat bantuan JKM sejak tahun 2013 hingga masa kini.
162) PEMBERIAN TANAH KEPADA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tanah Kerajaan Negeri yang telah diberikan kepada Anak- anak syarikat (GLC) Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan Anak syarikat yang paling banyak menerima tanah daripada Kerajaan Negeri.