162) JALAN TERPUTUS DI PERSIARAN CAKERAWALA DAN PERSIARAN ATMOSFERA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Bilakah projek jalan antara persiaran cakerawala dan Persiaran Atmosfera ke Kwasa Damansara ini akan di bina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Subang Bistari?
162) KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Demi menjayakan visi Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor, segala program pembasmian kemiskinan harus capai pada kumpulan sasaran yang betul. Kumpulan sasaran hanya dapat dikenal pasti jika Kerajaan Negeri mempunyai maklumat jitu mengenai kadar kemiskinan dan lokasi warga berpendapatan rendah. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengumpul data yang jitu ,agar tidak berlakunya pertindihan dan perlaksanaan kerja berulang kali oleh bahagian-bahagian yang berlainan dalam Kerajaan Negeri apabila mengimplementasikan aktiviti mereka
-
Data yang diperolehi oleh Pihak Berkuasa Tempatan semasa menyelaraskan permohonan perumahan rakyat (PPR),adalah amat penting memberikan gambaran sebenar bilangan keluarga miskin bandar. Apakah langkah Kerajaan untuk mengunakan data yang sedia ada ini untuk terus menyalurkan bantuan kebajikan Kerajaan Negeri,tanpa mengulang proses pengumpulan data
162) PROGRAM HADIAH MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah status program hadiah masuk universiti dari segi jumlah permohonan, jumlah tolakan dan sebab tolakan permohonan?
162) PEMVAKSINAN MELALUI UNIT MOBIL BAGI WARGA EMAS DAN WARGA YANG MEMERLUKAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Status penerangan dan perlaksanaan mengenai Unit Vaksinasi Mobil di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
162) KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kemiskinan bandar kini selepas pandemik COVID-19?
-
Nyatakan pendekatan Kerajaan Negeri dalam mengurangkan jika tidak dapat menghapuskan, masalah kemiskinan ini?
162) SETINGGAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penempatan setinggan yang direkodkan di Sekangor dan jumlah kawasan penempatan setinggan yang telah diselesaikan sejak 2010- 2015?
-
Berapakah jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan sehingga 2015?
162) CUKAI PINTU/ FI LESEN PENJAJA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Merujuk jawapan mulut tentang program Iltizam Selangor Penyayang di sesi lepas, cukai pintu dan fi lesen penjaja yang telah dikemaskini semula, mengapakah pengecualian ini ditarik balik?
-
Adakah masih ada pengecualian bersasar diadakan bagi mereka-mereka yang layak diberikan pengecualian?
162) BANTUAN KEPADA GOLONGAN MISKIN TEGAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan untuk mempertingkatkan bantuan kepada golongan miskin tegar, terutamanya dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup?
-
Nyatakan 10 Program Itizam Selangor Penyayang yang paling tidak disambut baik sejak dilaksanakan sehingga kini.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mempehalusi dan memperbaikan program inisiatif yang sedia?
162) PENINGKATAN TARAF HIDUP KUMPULAN NELAYAN DAN PETANI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membantu meningkatkan taraf hidup kumpulan nelayan dan petani di luar bandar?
-
Apakah langkah-langkah holistik untuk tujuan tersebut?
162) MANFAAT PROGRAM STEM SEL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian program STEM SEL pada tahun 2015?
-
Nyatakan secara terperinci kandungan program STEM SEL?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut?