162) PERBELANJAAN MENTERI BESAR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan Menteri Besar dari 2021 sehingga 2022?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan perbelanjaan ini tidak membebankan kewangan negeri?
162) BAJA ORGANIK PKPS
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
PKPS ada menghasilkan produk baja organik sendiri di bawah jenama Ehsan. Berapa banyak yang dihasilkan pada tahun ini dan adakah PKPS bercadang untuk menjalankan program CSR / Kitar semula dengan rakyat dan petani untuk menghasilkan baja organik di peringkat komuniti?
162) BANTUAN KERAJAAN NEGERI UNTUK TADIKA RAKYAT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah bantuan yang telah disalurkan kepada Tadika Rakyat bermula dari 2013 hingga sekarang?
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah lagi jumlah Tadika Rakyat?
162) EMPANGAN AIR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Sejauhmanakah empangan yang ada memenuhi keperluan pengguna
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membina empangan baharu untuk menampung penggunaan yang semakin meningkat
162) MASALAH HIDUPAN LIAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Masalah hidupan liar seperti monyet dan beruk masih ketara di kawasan DUN Ijok dan langkah-langkah yang telah diambil tidak berkesan. Adakah langkah-langkah atau cara-cara baru yang dirancang oleh Jabatan PERHILITAN untuk mengatasi masalah ini?
162) PERCAMBAHAN RUMAH URUT DAN PUSAT PERMAINAN VIDEO
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Masalah sosial ini terus membelenggu penduduk negeri ini. Walau pun masalah yang dihadapi ini telah wujud sejak dahulu lagi, namun usaha untuk membanteras atau menghapuskannya telah dijalankan secara agresif. Namun demikian, sejak kebelakangan ini masalah tersebut nampaknya seperti tidak dapat ditangani lagi. Sekiranya tiada tindakan yang agresif diambil, masalah ini akan terus menghantui penduduk negeri ini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah sosial ini?
-
Adakah disebabkan keadaan ekonomi global yang tenat menyebabkan Kerajaan Negeri mengambil sikap yang liberal dalam hal ini?
162) LESEN ARAK DI KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan butir-butir seperti nama syarikat / individu, alamat perniagaan lesen arak yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Selangor.
-
Sila menyatakan jumlah yang diluluskan dan ditolak sejak tahun 2013,2014 hingga bulan Oktober 2015
-
Sila menyatakan tarikh dan berapakah jumlah kali operasi yang telah di jalankan oleh PBT untuk menyita peniaga tanpa lesen jual arak?
162) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pelajar bagi tahun 2010 dan 2011.
-
Berapa ramaikah tenaga pengajar dan apakah terdapat kekurangan tenaga pengajar di UNISEL?
162) PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi terkini Kerajaan Negeri dalam hal ini?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi pembinaan dewan orang ramai yang baru?
162) PEMBANGUNAN GUDANG MAKANAN SELANGOR DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembangunan gudang makanan Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan keterjaminan makanan sentiasa mencukupi?