161) PEMBINAAN JALAN PINTAS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis


  1. Bagi merancakkan pembangunan di kawasan Batang Kali khususnya di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menyambung semula cadangan pembinaan jalan pintas (missing link) yang sebelum ini telah dirancang yang sebelum ini menghubungkan jalan dari Kelab Golf Bukit Beruntung ke Taman Widuri? Ini dapat memendekkan masa perjalanan serta meningkatkan sosio ekonomi setempat. Diharap agar rancangan ini dapat diteruskan untuk kesejahteraan rakyat di Batang Kali.

    Klik jawapan »

161) SALIRAN PARIT TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerja pembersihan pengkorekan rumput parit mengikut SOP yang ditetapkan? Mohon penjelasan.

    Klik jawapan »

  2. Hampir 99% tebing jalan kampung rosak. Mengapa tebing jalan sering kali rosak dan runtuh? Adakah struktur pembinaan/ baik pulih tidak mengikut aspek yang betul?

    Klik jawapan »

161) PEROLEHAN CUKAI MDSB

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan perolehan cukai dan hasil - hasil lain bagi Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2020,2021 dan 2022?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah lesen perniagaan yang telah diluluskan oleh MDSB bagi tahun 2022 hingga kini? Perincikan.

    Klik jawapan »

161) RUMAH PERLINDUNGAN WANITA DAN KANAK-KANAK

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperuntukkan dana kepada rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak mangsa keganasan rumahtangga atau mangsa dera yang diuruskan oleh pihak NGO.

161) PELAJAR DI MESIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Krisis politik di Mesir menyaksikan tindakan pantas Kerajaan Persekutuan membawa balik rakyat khasnya pelajar Malaysia. Berapa orang pelajar dari Selangor yang sedang menuntut di negara berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri membiayai kos menghantar mereka pulang dan berapakah nilainya?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang menghantar pelajar ke negara-negara lain?

161) PROJEK RIVER OF LIFE (ROL)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini projek ROL?

  2. Apakah kesan baik ROL kepada Sungai Klang dan penduduk sekitarnya?

161) MERAKYATKAN PELANCONGAN LUAR BANDAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menjadikan sektor pelancongan luar bandar sebagai salah satu cabang program merakyatkan pelancongan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan langkah proaktif Kerajaan untuk menjadikan kawasan luar bandar sebahagian daripada tarikan pelancong luar negara.

    Klik jawapan »

161) USAHA KERAJAAN MENGATASI MASALAH KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan seperti ayam mentah, telur ayam, mainyak masak paket, bawang yang amat kritikal sekarang ini?

    Klik jawapan »

161) CUTI BERSALIN 90 HARI BAGI WANITA BEKERJA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Bilakah perkara ini akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pelaksanaan ini diberi kepada kakitangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor sahaja atau semua rakyat yang bekerja di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Enakmen mana yang diguna pakai untuk melaksanakan perkara ini bagi meliputi semua rakyat di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

161) PENUKARAN KEBENARAN MERANCANG RUMAH KOS RENDAH KEPADA RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan dapat memberikan kebenaran untuk menukar Kebenaran Merancang Rumah Kos Rendah kepada Rumah Mampu Milik?

    Klik jawapan »