160) PROJEK LANGAT 2
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung status terkini Projek Langat 2.
-
Sila nyatakan tindakan kerajaan negeri untuk menjana sumber kewangan melalui hasil batuan dari kerja-kerja pengorekan Projek Langat 2
160) PENGURUSAN BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nilai pampasan yang diberikan kepada penduduk yang mengalami kerosakan hasil pertanian akibat banjir dan bencana alam mengikut daerah?
-
Sejauh mana hasrat Kerajaan Negeri menambahbaik aset Kerajaan Negeri bagi menghadapi musibah banjir besar?
160) TINDAKAN SUSULAN TENTANG TANGGUNGJAWAB PIHAK PEMAJU TERHADAP KOS PROJEK PENSTABILAN TEMBOK PENAHAN DI PANGSAPURI PERMAI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Akibat kegagalan pihak pemaju dalam menyediakan dokumen yang diperlukan oleh pihak insurans, pihak MBPJ terpaksa menanggung RM1.75 juta untuk kos projek penstabilan tembok penahan di Pangsapuri Permai. Apakah tindakan susulan Kerajaan Negeri untuk memastikan pihak pemaju untuk bertanggungjawab?
160) LESEN PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah lesen dan jenis pusat penjagaan kesihatan terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT
-
Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?
160) PINDAAN PERLEMBAGAAN – LOMPAT PARTI, LETAK JAWATAN DARI PARTI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk meminda perlembagaan negeri supaya ADUN yang lompat parti, dipecat dari atau letak jawatan daripada parti perlu mengosongkan kerusinya, seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
161) PEROLEHAN CUKAI MDSB
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perolehan cukai dan hasil - hasil lain bagi Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2020,2021 dan 2022?
-
Nyatakan jumlah lesen perniagaan yang telah diluluskan oleh MDSB bagi tahun 2022 hingga kini? Perincikan.
161) MENAIK TARAF JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan Selayang ke Rawang dari 2 lorong ke 3 lorong dan menerangi jalan tersebut?
161) LESEN HOTEL BAJET
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah lesen dan jenis hotel bajet terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT
-
Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?
161) SHAH ALAM DIALOGUE
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan program Shah Alam Dialogue yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2019?
-
Berapakah bilangan program yang dianjurkan di bawah inisiatif Shah Alam Dialogue dalam 2020?
-
Adakah Shah Alam Dialogue akan diteruskan dalam tahun 2021?
161) KUTIPAN PREMIUM TANAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan premium tanah dari 2014-2016 mengikut PBT
-
Nyatakan jumlah tunggakan premium tanah dari 2014-2016 mengikut PBT