159) MB INCORPORATED (MBI)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah inventori tanah milik Kerajaan Negeri Selangor bawah pengurusan MBI?
-
Nyatakan perancangan Kerajaan terhadap stok tanah yang sedia ada.
159) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah sisa pepejal yang dikutip bagi tahun 2005-2015 mengikut pecahan PBT
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan meningkatkan keefisienan pengurusan sisa pepejal di Selangor?
-
Apakah strategi dan status Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal?
159) PARKIR AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah parkir yang disediakan untuk Klinik Kesihatan Kampung Rantau Panjang dan Klinik Kesihatan Kampung Bukit Kapar?
-
Apakah alternatif kerajaan untuk menyediakan parkir yang mencukupi kepada pengunjung yang datang ke klinik?
159) PEKERJA ASING
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pekerja asing di Selangor dari 2014-2016 mengikut negara.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kebergantungan sektor pekerjaan kepada pekerja asing?
159) KILANG HARAM
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah terkini dan lokasi kilang haram yang masih wujud dalam daerah Kuala Selangor?
-
Nyatakan kejayaan program pemutihan kilang haram dalam daerah Kuala Selangor?
159) ISU MASALAH HIDUPAN LIAR YANG MENIMBULKAN KACAU GANGGU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah monyet yang semakin bertambah sehingga mewujudkan kacau ganggu di kawasan taman perumahan dan kawasan pertanian di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memelihara habitat semula jadi monyet-monyet tersebut?
159) KESELAMATAN AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan keselamatan awam, terutama di kawasan berisiko tinggi?
-
Apakah pendatang asing tanpa izin merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kadar jenayah yang tinggi di Negeri Selangor?
159) POPULASI PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah populasi terkini penduduk dengan pecahan kaum dan peringkat umur mengikut daerah di Negeri Selangor.
159) KUTIPAN SEWA PARKIR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan hasil kutipan sewa parkir pada 2017 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah saman parkir yang telah dikeluarkan pada 2017 mengikut PBT.
159) KESAN TPPA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah persiapan GLC kerajaan negeri untuk menghadapi perlaksanaan TPPA?
-
Sejauh manakah impak terhadap GLC kerajaan negeri yang dijangkakan setelah perlaksanaan TPPA?