159) PROGRAM (MES)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Senaraikan program-program yang telah dilaksanakan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang dua tahun yang lepas
-
Apakah yang telah dicapai dan berapakah jumlah dana yang belum dibelanjakan serta perancangannya?
159) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Terdapat aduan bahawa sebahagian unit rumah Selangorku telah disewa ke penduduk tempatan dan juga pendatang asing. Pihak manakah yang akan memantau untuk memastikan semua pemilik rumah Selangorku memang mendiami di unit tersebut dan jika pernahnya memantau, sila memberi laporan pantauan
159) PENURAPAN & BAIKPULIH JALAN-JALAN KAMPUNG BUKAN DIGAZETKAN SEBAGAI RIZAB JALAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi membaik pulih dan menurap jalan-jalan kampung yang diwartakan bagaimana pula kaedah untuk jalan-jalan rizab yang bukan diwartakan?
159) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapa bilangan kilang-kilang haram yang wujud dari awal pembentukan Jawatankuasa Tetap Kilang Haram sehingga sekarang mengikut kawasan majlis yang ada?
-
Berapa banyak kilang-kilang haram yang telah diputihkan mengikut kawasan majlis yang kilang-kilang tersebut berada?
-
Apakah berlaku kewujudan kilang-kilang haram yang baru selepas pembentukan Jawatankuasa Tetap yang khusus bagi menangani permasalahan? Bentangkan perancangan usaha menghapuskan kilang-kilang haram, rancangan jangka pendek dan jangka panjang.
159) PERLAKSANAAN ENAKMEN SISA PEPEJAL PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Adakah draf enakmen Sisa Pepejal itu sudah disiapkan?
-
Bilakah hendak dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor?
-
Apakah halangan untuk melaksanakan enakmen tersebut?
159) KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT DI SETIAP PBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan keberkesanan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat di setiap PBT demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan PBT?
159) CHILD GROOMING & EKSPLOITASI KANAK-KANAK
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Berapakah statistik penderaan dan keganasan atas talian yang melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor?
-
Apakah jenis penderaan dan keganasan atas talian tersebut?
-
Apakah rancangan dan langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri bagi membendung kes sebegini?
159) AIR PERCUMA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keseluruhan pembiayaan air percuma bagi tahun 2020 hingga Julai 2022?
-
Nyatakan jumlah keseluruhan pengguna domestik yang menerima inisiatif Skim Air Darul Ehsan mengikut daerah?
159) LOT PERNIAGAAN BAGI KAUM WANITA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu kawasan perniagaan yang strategik di setiap DUN bagi kaum wanita khususnya ibu tunggal dalam membantu mereka mencari pendapatan sampingan?
-
Adakah pihak PBT boleh mengenal pasti kawasan atau tapak yang sesuai untuk dibangunkan?
159) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEBWM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi kutipan sampah oleh KDEBWM di dalam Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah prestasi kerja-kerja pembersihan oleh KDEBWM di dalam Negeri Selangor?