17) JALAN-JALAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kod nombor jalan dan jumlah kepanjangan jalan yang diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Selangor
-
Berapa banyak peruntukan telah diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyelenggara jalan-jalan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang?
17) POTENSI UNICORN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Terdapat berapakah syarikat yang beroperasi di Selangor berpotensi menjadi sebuah Unicorn di masa akan datang?
-
Apakah syarikat-syarikat berkenaan dan jenis perniagaannya?
17) AHLI MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah elaun setiap Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam?
-
Adakah Ahli Majlis mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang penggunaan dewan untuk sesebuah program yang telah diluluskan?
-
Berapa peruntukan yang diberi kepada setiap ahli Majlis untuk membuat sebarang aktiviti?
17) PERTANIAN UNTUK ANAK MUDA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan sebagai galakkan kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian terutamanya di kawasan Bandar?
-
Sejauhmana bimbingan akan diberikan sekiranya mereka ini berminat samada dari segi peruntukan kewangan dan latihan?
17) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat?
-
Adakah pegawai-pegawai maklumat telah dilantik dan dilatih?
-
Adakah lembaga rayuan telah ditubuhkan?
17) PENGESAHAN RASMI DARI AHLI DEWAN NEGERI BAGI PROJEK MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH INFRASTRUKTUR SUKAN DI KAWASAN DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TUJUAN SEMAK DAN IMBANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah tiada pengesahan rasmi dari Ahli Dewan Negeri kepada pihak Seksyen Sektoral Unit Perancangan dalam proses mengemukakan senarai cadangan kerja-kerja baikpulih infrastruktur sukan di kawasan Dewan Negeri?
17) GEJALA MURTAD
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak Dakwaan berlaku gejala murtad dan gerakan untuk mengajak orang Islam meninggalkan agama tersebut yang serius. Apakah pendapat Kerajaan Negeri tentang gejala ini?
-
Nyatakan statistik kes murtad di Selangor dan statusnya sejak 2008 hingga 2011?
-
Apakah Kerajaan Negeri serius menguatkuasakan enakmen-enakmen negeri yang mengawal pengembangan agama lain kepada orang Islam?
17) KES GUAMAN JAIS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kes mahkamah sivil yang sedang dalam proses pengurusan kes, perbicaraan dan rayuan yang melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor sehingga sekarang.
-
Nyatakan juga firma dan kos guaman yang telah dibayar sehingga sekarang.
17) SELANGOR FRUITS VALLEY
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berhubung projek Selangor Fruits Valley di Batang Berjuntai terutamanya yang melibatkan penanaman belimbing.
17) BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Berapakah Dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) khususnya kuil Hindu?
-
Berapakah jumlah kuil Hindu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?