158) DATARAN NIAGA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah kemajuan kerja Projek Dataran Niaga di Taman Selayang Mutiara?
158) RUMAH BURUNG WALIT
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah pengusaha burung walit masih dibenarkan untuk mengunakan premis perniagaan sebagai rumah burung walit? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap rumah burung walit yang terbiar atau tidak membaharui lesen di kawasan pertanian?
158) MASALAH ORANG ASLI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Orang Asli merupakan golongan warganegara yang terpinggir dan perlukan tindakan segera.Berapakah jumlah populasi dan taburannya mengikut suku kaum bagi masyarakat Orang Asli di Selangor?
-
Apakah rancangan dan peruntukan yang telah diambil untuk memperbaiki tarat hidup masyarakat Orang Asli di Selangor dalam tempoh masa 2001-2007?
-
Apakah dasar Kerajaan Selangor dalam mewartakan tanah warisan (customary land) untuk perkampungan OrangAsli?
158) KUALITI HIDUP LUAR BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah tahap kualiti hidup rakyat luar bandar di Selangor?
-
Apakah indikator untuk mengukur tahap kualiti hidup mereka?
-
Apakah strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat luar bandar?
158) PAIP AIR KERAP PECAH DI KAWASAN BATU 17 – BATU 18 HULU LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan diambil kerajaan bagi mengatasi masalah paip yang kerap pecah di kawasan Batu 17 - Batu 18 Hulu Langat?
158) MEMBANTU NAIK TARAF KEHIDUPAN NELAYAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membina MITS di setiap daerah di Selangor?
-
Apakah usaha-usaha untuk memperbanyakkan pengeluaran hasil perikanan untuk memenuhi keperluan pengguna?
-
Apakah usaha yang diambil bagi membantu menstabilkan harga hasil perikanan supaya rakyat tidak tertekan dengan kenaikan harga yang tinggi?
158) PREMIS MESIN JUDI DALAM TALIAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah terkini premis mesin judi dalam talian yang berdaftar dan tidak berdaftar.
-
Nyatakan jumlah serbuan dan tangkapan di premis berkenaan dari 2016-2018
158) TEBATAN BANJIR DI MERU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan naiktaraf parit tanah kepada konkrit di Jalan Hamzah Alang oleh JPS?
-
Status projek kolam takungan air banjir?
-
Berapa kekerapan dan kos pembersihan parit tanah besar dan kecil JPS bagi daerah Klang terutama DUN Meru?
158) PAKEJ RANGSANGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang disalurkan kepada Negeri Selangor daripada pakej rangsangan ekonomi Malaysia pertama dan kedua tahun 2008 dan 2009?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri Selangor memastikan bahawa wujudnya koordinasi antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat agar penyaluran peruntukan untuk pembangunan kerajaan negeri Selangor dapat dilaksanakan sebaiknya?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi merangsangkan ekonomi dalam negeri Selangor sekiranya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tidak disalurkan khasnya daripada segi pembinaan infrastruktur?
158) SELANGOR SEBAGAI HUB TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai strategi untuk menarik pelabur-pelabur asing yang berasaskan teknologi hijau sebagai strategi niche demi menjadikan Selangor sebagai peneraju teknologi hijau di Malaysia malahan rantau Asia Tenggara.