157) DASAR BARU LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Kenapakah rakyat masih tidak boleh memohon TOL di Pejabat Tanah Petaling untuk lima tujuan yang dibenarkan seperti yang diumumkan oleh Dato Menteri Besar pada 7 APRIL 2015 di Dewan Negeri Selangor?
-
Apakah sebab percanggihan antara pengumuman dasar baru dan pelaksanaanya?
157) DIGITALISASI PERKHIDMATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil kajian awal Portal Perkhidmatan Online Kerajaan Negeri Selangor (Selangor Government Online Services (SGOS)? Adakah SGOS akan memberi impak kepada operasi PBT?
-
Apakah KPI bagi memantau keberkesanan digitalisasi perkhidmatan kerajaan?
-
Nyatakan langkah mengelakkan keciciran bagi golongan kurang celik digital.
157) DANA PEMBANGUNAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dana yang telah disalurkan ke kampung-kampung baru sejak 2013-2018?
-
Pembangunan bagaimanakah dana itu disalurkan?
157) PROGRAM 2500 HOTSPOT WIFI SELANGORKU 2015
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini lokasi telah siap pasang dan guna?
-
Senaraikan lokasi dicadangkan mengikut DUN dan lulus?
-
Bilakah tempoh akhir pemasangan dan guna dapat siap sepenuhnya?
157) PERUNTUKAN SEKOLAH TAMIL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Wujud pertikaian tentang kaedah penyaluran peruntukan untuk sekolah Tamil di Selangor yang tidak menepati kelompok sasar. Apakah garis panduan penyaluran peruntukan tersebut?
-
Apakah kaedah untuk memastikan masalah pertikaian ini tidak berlaku masa hadapan?
-
Berikan statistik jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan pihak penerima mengikut daerah?
157) PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan kawasan Pekan Sungai Air Tawar sebagai pusat ekonomi di bawah skim Smart Selangor seperti Pekan Bagan Terap?
-
Nyatakan anggaran peruntukan yang akan diperuntukkan untuk pembangunan tersebut.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan proses pengambilan semula tanah atau memajukan kawasan tanah kerajaan sedia ada?
157) JAMBATAN SEMENYIH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina jejambat baru I Prima Saujana Kajang untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di perumahan tersebut?
157) KONSESI PERJANJIAN AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bilakah konsesi air Selangor akan selesai?
-
Apakah halangan penyelesaian tersebut?
-
Apakah tindakan diambil dalam mempertahan hak air kerajaan Selangor?
158) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi Selangor pada tahun 2025?
-
Apakah sasaran aliran masuk kasar / bersih Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2025 bagi pelaburan langsung asing (FDI)?
-
Apakah bidang tumpuan pelaburan langsung asing Kerajaan Negeri pada tahun 2025?
158) JAMINAN MAKANAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemampuan Selangor pada hari ini, dalam Jaminan Makanan iaitu keupayaan menyediakan makanan kepada penduduknya?
-
Apakah perancangan Kerajaan Selangor dalam perkara Jaminan Makanan (Food Security)?