157) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini PWB seperti yang dijanjikan untuk diberi elaun kepada pengurus di setiap DUN
-
Masih terdapat DUN yang tiada PWB. Apakah masalahnya
-
Nyatakan PWB DUN manakah yang boleh dijadikan ikon untuk PWB yang lain.
157) PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) MANGSA BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor menyemak semula PPS yang ada dari segi logistik dan penyesuaian tempat yang disediakan untuk mangsa banjir?
157) PENJAGAAN JALAN-JALAN DI SEKITAR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Kerap diadu oleh rakyat berkenaan dengan taraf jalan-jalan di taman perumahan. Salah satu aduan biasa ialah jalan yang tidak rata dan kenapa jumpai lubang-Iubang (potholes) Adakah satu sistem yang diaturkan dan di ikuti oleh pihak penjagaan jalan untuk menurapkan (tarring) jalan, contohnya setiap kali dalam tempoh beberapa tahun dan kerap sedikit di jalan-jalan yang sibuk digunakan.
-
Penurapan jalan diuruskan oleh kontraktor swasta. Turapan yang sepatutnya ialah setebal dua inci tetapi dilaksanakan tidak sampai dua inci (tiga perempat inci) menyebabkan jalan cepat berlubang. Apakah langkah yang digunakan untuk memastikan mutu penurapan dicapai?
-
Apakah rancangan yang akan disempumakan pada masa hadapan untuk menjayakan program tersebut?
157) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah syarikat pelaburan asing yang melabur di Negeri Selangor sehingga Disember 2019?
-
Nyatakan perkembangan terkini 75 projek perkilangan yang telah diluluskan oleh MIDA pada suku kedua tahun 2019 yang lepas.
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan dapat dimanfaatkan melalui pelaburan yang diperolehi untuk rakyat Selangor.
157) KUTIPAN PREMIUM TANAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kutipan premium tanah dalam daerah Kuala Selangor pada 2021 dan 2022?
-
Nyatakan jumlah tanah yang telah diambil semula hak milik oleh Kerajaan Negeri pada 2021 dan 2022?
157) PRASARANA ICT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan peruntukan yang telah disediakan dan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2013 khusus di DUN Dusun Tua bagi tujuan meningkatkan prasarana ICT dan ke arah celik ICT?
157) SISTEM SOLAR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyertai inisiatif program sistem tenaga solar yang dipromosikan oleh Kerajaan Pusat untuk dipasangkan di rumah-rumah ibadat terutamanya masjid-masjid?
157) PERKEMBANGAN PROSES PENCEGAHAN BANJIR DI KAWASAN TAMAN MEDAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini dalam usaha mencegah berulangnya insiden banjir di kawasan Taman Medan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Berapakah anggaran kos dana yang diperlukan bagi usaha terbabit?
-
Adakah pembiayaannya hanya dari dana peruntukan Pihak Berkuasa Tempatan atau ada dari pihak lain?
157) PEMBENIHAN AWAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kos pembenihan awan yang telah dikeluarkan pada tahun 2013 dan 2014?
-
Nyatakan lokasi dan hasil yang diperolehi dari pembenihan awan ini?
157) TAPAK RIZAB SEKOLAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan tanah telah dirizabkan sebagai tapak sekolah dalam tempoh 2008 - Mei 2013 dan tahun 2013 hingga Jun 2016?
-
Di manakah tapak gantian tanah rizab sekolah untuk tapak rizab sekolah di sebelah Taman Bukit Segar yang telah digunakan untuk pemasangan TNB Pylon?