157) PENYERAHAN DEWAN-DEWAN KEPADA PIHAK BERKUASA YANG BERKAITAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat Garis Panduan berkaitan pembinaan, penjagaan/penyeliaan dan yang berkaitan dengannya dalam PBT dan Pejabat Daerah? Sila nyatakan
-
Nyatakan dewan-dewan yang masih belum diserahkan kepada PBT atau Pejabat Daerah
157) MASALAH KUALITI PADI BENIH
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan detail bagaimanakah pihak Jabatan Pertanian memantau dan mengenal pasti padi benih yang diproses itu menepati piawaian dan kualiti seperti yang dikehendaki?
-
Sila nyatakan apakah permasalahan utama yang menyebabkan kebelakangan ini telah berlaku kekurangan padi benih dan juga padi benih yang berkualiti?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian bagi mengatasi masalah tersebut?
157) ISU PENYELENGGARAAN DI RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri banyak membantu rakyat memiliki rumah kos rendah. Namun begitu, tertimbul banyak isu-isu penyelenggaraan rumah-rumah kos rendah apabila pihak JMB/MC tidak mampu mengutip bayaran daripada penduduk-penduduk. Adakah terdapat sebarang cara penyelesaian yang di ikhtiarkan oleh pihak Kerajaan Selangor?
157) MASALAH ANJING LIAR DI KAWASAN PBT DAN BUKAN PBT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan efisen terhadap isu ini?
-
Apakah langkah sesuai yang boleh digunakan di kawasan kampung dan agensi yang perlu dilibatkan dalam menangani isu ini?
157) TASK FORCE TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini guna tanah Kerajaan Negeri ke atas tanah yang telah selesai dikenalpasti dan dalam inventori Kerajaan Negeri Selangor?
157) AKTIVITI MELETUP BATU BATA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Aktiviti meletup batu bata bukit di tepi tapak kawasan Perumahan Bandar Damai Perdana Seksyen 10 (Fasa 2), Cheras, Selangor menyebabkan retakkan dinding rumah sangat serius. Apakah tindakan penguatkuasaan Kerajaan Negeri untuk memastikan aktiviti berbahaya ini tidak berulang?
-
Berapakah jumlah rumah terlibat mengalami keretakan dinding?
-
Siapakah bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembaikan?
157) PERKHIDMATAN AMBULANS PERCUMA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemudahan ambulans di kawasan luar bandar khususnya di DUN Sungai Kandis?
-
Apakah Kerajaan Negeri boleh memperkenalkan subsidi untuk perkhidmatan ambulans swasta supaya lebih ramai dapat mengaksesnya?
157) INFRASTRUKTUR AWAM DI PELABUHAN KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan infrastruktur awam utama di Pelabuhan Klang dan agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap setiap infrastruktur tersebut.
-
Senaraikan jalan-jalan utama dan nyatakan sama ia persekutuan atau negeri.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan jalan utama sentiasa dalam keadaan yang baik?
157) PENCEMARAN LOMBONG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Kawasan bekas lombong seluas 114 ekar di Taman Sri Manja, PJS 3 telah diberi milik kepada 5 pemaju. Namun kos pembiayaan rawatan lombong yang tercemar tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor; 2004-2006, kos rawatan RM3.4 juta; 2007-kini, kos rawatan 4.8 juta. Mengapakah Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos rawatan sedangkan tapak adalah milik persendirian sepenuhnya?
-
Adakah mana-mana pemaju yang menjadi pemilik tapak lombong tersebut membiayai kos rawatan lombong. Senaraikan nama pemaju, jumlah yang dibiayai dan tarikh pembiayaan diberi
-
Apakah kaedah rawatan yang dibuat atau hanya meneutralkan gas yang keluar (hydrogen sulfide). Mengapa tidak dirawat punca sebenar masalah lombong?
157) PERBELANJAAN TAMBAHAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membentangkan perbelanjaan tambahan pada akhir tahun ini di Dewan Negeri?
-
Mengapakah kerajaan tidak membuat perancangan awal seberapa teliti yang mungkin dalam belanjawan kerajaan negeri supaya tidak perlu dibentangkan perbelanjaan tambahan?