157) ISU AIR PERCUMA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tunggakan (sekiranya ada) dan berapakah anggaran bil bulanan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat KDEB kepada SYABAS. Ini adalah penting kerana sekiranya terdapat tunggakan, kualiti air untuk rakyat tidak dapat di pertahan / dipertingkatkan atas kekangan kos penyelenggaraan oleh pihak berkenaan dan seterusnya akan merugikan rakyat.
157) PENAMBAHAN SEKOLAH DI DENGKIL
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Dengkil mempunyai 25 tapak SMK namun hanya 12 yang berjaya didirikan. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu Kerajaan Pusat membina lebih banyak sekolah khususnya dikawasan berkepadatan tinggi?
157) PERANAN LANTIKAN KERAJAAN (MPPK, AHLI MAJLIS, JAWATANKUASA MASJID DAN LAIN-LAIN) DI DALAM MENANGANI PANDEMIK COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan peranan yang telah dimainkan oleh para lantikan kerajaan di dalam membantu mengekang jangkitan COVID-19?
157) DIGITALISASI PERKHIDMATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil kajian awal Portal Perkhidmatan Online Kerajaan Negeri Selangor (Selangor Government Online Services (SGOS)? Adakah SGOS akan memberi impak kepada operasi PBT?
-
Apakah KPI bagi memantau keberkesanan digitalisasi perkhidmatan kerajaan?
-
Nyatakan langkah mengelakkan keciciran bagi golongan kurang celik digital.
157) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan?
-
Apakah langkah dan strategi Kerajaan Negeri terhadap aduan pembakaran sampah terbuka terutamanya oleh pengusaha sampah haram?
157) PERTANIAN KOMUNITI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apa yang ingin dicapai dengan program Pertanian Komuniti dan di manakah tahap pencapaian setakat ini?
-
Bagaimana penyelarasan berlaku antara banyak program pertanian di peringkat negeri, daerah dan PBT?
157) DASAR BARU LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Kenapakah rakyat masih tidak boleh memohon TOL di Pejabat Tanah Petaling untuk lima tujuan yang dibenarkan seperti yang diumumkan oleh Dato Menteri Besar pada 7 APRIL 2015 di Dewan Negeri Selangor?
-
Apakah sebab percanggihan antara pengumuman dasar baru dan pelaksanaanya?
157) DANA PEMBANGUNAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dana yang telah disalurkan ke kampung-kampung baru sejak 2013-2018?
-
Pembangunan bagaimanakah dana itu disalurkan?
157) PERUNTUKAN SEKOLAH TAMIL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Wujud pertikaian tentang kaedah penyaluran peruntukan untuk sekolah Tamil di Selangor yang tidak menepati kelompok sasar. Apakah garis panduan penyaluran peruntukan tersebut?
-
Apakah kaedah untuk memastikan masalah pertikaian ini tidak berlaku masa hadapan?
-
Berikan statistik jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan pihak penerima mengikut daerah?
157) PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan kawasan Pekan Sungai Air Tawar sebagai pusat ekonomi di bawah skim Smart Selangor seperti Pekan Bagan Terap?
-
Nyatakan anggaran peruntukan yang akan diperuntukkan untuk pembangunan tersebut.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan proses pengambilan semula tanah atau memajukan kawasan tanah kerajaan sedia ada?