156) DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) 2018 -2025
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pelaksanaan objektif-objektif Dasar Perumahan Negara berjalan secara berkesan di Selangor?
156) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perancangan Kerajaan dalam pembangunan infrastruktur belia dan sukan mengikut DUN masing-masing.
-
Senaraikan pembangunan infrastruktur belia dan sukan yang telah dilaksanakan dan yang dalam perlaksanaan mengikut DUN masing-masing
156) LANJUTAN PAJAKAN HAK MILIK SEMENTARA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah permohonan lanjutan pajakan hak milik sementara yang telah diluluskan dengan bayaran premium satu ribu ringgit mengikut daerah.
-
Nyatakan tempoh masa yang diperlukan bagi proses permohonan dari peringkat kelulusan sehingga pengeluaran geran baru.
156) PRESTASI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN JABATAN-JABATAN JKR, JPS DAN JAIS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa peratuskah prestasi pembangunan berbanding belanjawan 2016 jabatanjabatan JKR,JPS dan JAIS sehingga 30 September 2016?
-
Apakah usaha jabatan-jabatan tersebut untuk menambahbaik prestasi perbelanjaan setiap tahun?
156) ANAK SYARIKAT ATAU GLC YANG TERDAPAT DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Berapakah penjimatan yang diperolehi dari menggunakan khidmat anak syarikat Negeri Selangor iaitu KDEB - Kumpulan Darul Ehsan Berhad berbanding dengan melantik kontrator awam untuk urusan mengutip sampah?
156) PEMBINAAN LEBUHRAYA BERTINGKAT SUNGAI BESI KE ULU KELANG (SUKE) OLEH PROLINTAS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah jaminan dan tindakan untuk mempastikan nyawa, harta orang ramai sentiasa dijaga dan diutamankan selepas kejadian kren tumbang di MRR2 dan kejadian runtuhan bongkah batu, di Jalan Saga 28, Taman Bukit Saga, Ampang? kedua-dua melibatkan pembinaan Lebuhraya bertingkat SUKE?
156) PEMBANGUNAN ORANG ASLI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Bilakah tanah-tanah rizab Orang Asli di Hulu Selangor hendak digazetkan ?
-
Senaraikan program pembangunan sosioekonomi Orang Asli di Hulu Selangor yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri daripada tahun 2008 hingga 2012.
-
Senaraikan pembangunan sosioekonomi Orang Asli di Hulu Selangor yang telah dirancang oleh kerajaan Negeri bagi tahun 2013.
156) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif penubuhan DEIG?
-
Nyatakan secara terperinci peranan dan bidang tugas DEIG?
-
Senaraikan Ahli Lembaga dan pengurusan DEIG serta gaji, elaun dan bonus?
156) PEMBAIKAN JALAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membantu PBT mengatasi masalah kekurangan bajet untuk kerja pembaikan dan penurapan jalan memandangkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri bertambah baik setiap tahun?
156) WABAK DENGGI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik denggi terkini dalam daerah Kuala Selangor?
-
Senaraikan program yang dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada rakyat dalam daerah Kuala Selangor pada tahun 2022?