156) SAMAN SYABAS TERHADAP KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah saman yang dikemukakan oleh SYABAS kepada kerajaan negeri akibat keengganan menaikkan tarif air?
-
Berapakah jumlah terkumpul tarif air yang tidak dapat dikutip sehingga hari ini?
156) KERAJAAN FEDERAL
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah hak-hak utama sepatutnya Selangor dapat dari Kerajaan Federal?
-
Apakah hak-hak yang diingkari Federal menunaikannya?
-
Apakah tindakan Ð misalnya undang-undang yang akan diambil oleh Negeri Selangor?
156) TUNTUTAN SUBSIDI AIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Saban hari semakin ramai penduduk pangsapuri / rumah flat mengemukakan tuntutan dan tunggakan subsidi air 20m padu percuma kepada kerajaan negeri. Apakah kerajaan negeri tetap tidak mahu memberikan tunggakan tersebut?
-
Berapakah kos jika semua tunggakan seluruh pangsapuri dibayar?
-
Apakah kerajaan tidak sedia membiayai kos ini dari simpanan negeri yang berjumlah lebih RM1 bilion?
156) KHUTBAH JUMAAT PADA 10 JUN 2011
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Khutbah Jumaat yang dibaca oleh khatib di mimbar pada 10 Jun 2011 dimaklumkan adalah sama di seluruh masjid di negeri Selangor. Khutbah yang berkaitan fitnah, hukum Qazaf dan empat saksi menimbulkan perselisihan faham di kalangan umat Islam. Nyatakan pihak dan mahupun individu yang bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat berkenaan?
-
Mohon siarkan semula sepenuhnya teks khutbah berkenaan?
-
Mohon huraikan berkaitan hukum taÕzir berkaitan hal yang sama
156) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik pemasangan WiFi Smart Selangor dari 2014-2017 mengikut PBT
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi memasang dan menyelenggara WiFi Smart Selangor dari 2014-2017 mengikut PBT.
156) LANTIKAN NAZIR DAN AJK
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Sebelum Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008, bagaimanakah proses pemilihan atau pelantikan Nazir dan AJK masjid-masjid di jalankan di Negeri Selangor ?
-
Selepas 2008, apakah peranan yang dimainkan oleh JAIS dalam pemilihan atau pelantikan Nazir dan AJK masjid di seluruh Negeri Selangor ?
-
Sejauh manakah peranan ADUN atau Penyelaras DUN dalam pemilihan atau lantikan Nazir dan AJK Masjid di Negeri Selangor ?
156) RUMAH WARGA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan rumah jagaan warga emas berdaftar di Negeri Selangor berdasarkan daerah?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memantau rumah warga emas yang tidak berdaftar?
-
Apakah inisiatif yang dilakukan bagi memastikan warga emas menjalani kehidupan yang sihat, aktif dan berkualiti?
156) CARUMAN WANITA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha perlaksanaan Caruman Wanita yang mampu memberi jaminan kewangan kepada wanita khususnya suri rumah di Selangor?
156) ISU COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan impak pengangguran di Selangor susulan pandemic Covid 19.
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu kewangan PBT yang terjejas susulan pendemik Covid 19.
-
Nyatakan tahap kesediaan Kerajaan Negeri dari segi ekonomi dan pencegahan dalam menghadapi gelombang pendemik covid seterusnya?
156) POLISI BERSIH KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
erajaan Negeri telah melancarkan kempen kebersihan peringkat negeri pada 11 Januari 2009 yang melibatkan semua PBT-PBT. Apakah tindakan lanjut dilakukan selepas pelancaran ini?
-
Adakah sebarang pertandingan kawasan terbersih di kalangan PBT-PBT?
-
Apakah kesan positif hasil dari kempen kebersihan ini?