155) PEMBINAAN SEKOLAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk mendapatkan bajet dari Kerajaan Malaysia bagi membina sebuah sekolah rendah dan menengah bagi menampung kepadatan penduduk yang makin bertambah terutama di Taman Templer disebabkan banyak kawasan perumahan baru yang dibuka?
155) TINDAKAN PBT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan luar biasa dan lebih tegas dikuatkuasakan oleh MPKj bagi menyelesaikan kesesakan di laluan Alam Sari ke Jalan Reko, termasuk mengendurkan kemarahan penduduk Kampung Sungai Tangkas?
155) DISIBEL AZAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah had suara (desibel) bagi Azan yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri bagi semua masjid dan surau di Selangor?
155) PREMIER SMART STATE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Di manakah Selangor kini berada dari segi tahap pencapaiannya dalam menjadi Premier Smart State?
-
Apakah inovasi baru yang telah dibuat dalam agenda digitalisasi Negeri Selangor?
155) KEBAJIKAN WANITA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Kedapatan peningkatan kes penceraian di Selangor, nyatakan kes bagi tahun 2013-2015 (mahkamah syariah dan civil)?
-
Berapakah kes tertunggak? Kenapakah ianya tidak dapat di tanggani?
-
Apakah bantuan yang diberikan kepada wanita yang sedang dalam proses penceraian dan memastikan kes mereka diwakili?
155) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Selain daripada PeBT MPSJ, PeBT di PBT lain tiada akaun tersendiri dan perlu bergantung dengan akaun PBT. Hal ini menyebabkan pengerusi-pengerusi kurang kuasa untuk menguruskan akaun sendiri. Adakah kerajaan berhasrat mengasingkan akaun bank PeBT daripada PBT demi memudahkan urusan-urusan PeBT?
155) KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor terhadap balairaya-balairaya yang tidak digunakan bagi manfaat penduduk setempat yang mana sekarang ini terbiar dan ada yang telah dirosakkan juga dicuri oleh penagih dadah.
155) CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan program-program CSR oleh MBI bagi tahun 2021 & 2022?
-
Apakah kriteria utama dan syarat-syarat kelayakan program-program yang menerima pembiayaan dana CSR dari MBI?
155) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan terkini hutan simpan di Selangor?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan hutan simpan ini terpelihara?
155) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah sistem tender terbuka digunapakai bagi kontrak Bas 'Smart Selangor'?
-
Adakah kajian teliti dibuat sebelum menentukan laluan Bas 'Smart Selangor'?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memperluaskan perkhidmatan Bas 'Smart Selangor' di semua Majlis Daerah pada tahun 2016. Jika ya, nyatakan butirbutirnya