155) PEMBANGUNAN DI CYBERJAYA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan membangunkan kawasan sekitar supaya limpahan kekayaan dapat dikongsi bukan sahaja dengan pembeli rumah kos tinggi tetapi juga untuk rakyat tempatan?
-
Berapakah nisbah di antara rumah kos tinggi dan sederhana berbanding rumah kos rendah di Cyberjaya?
155) PAYA INDAH WETLAND
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek perumahan yang dijalankan berhampiran rizab paya itu setakat ini?
-
Bagaimanapula pendirian Kerajaan Negeri di sebalik bantahan pelbagai pihak terhadap projek berhampiran di kawasan itu yang difahamkan kawasan pemampuan hanya 100 meter dari Paya Indah Wetland?
-
Bagaimana pula dengan Laporan Penilaian Alam Sekitar yang dijalankan terutamanya daripada Jabatan Alam Sekitar?
155) SEWERAGE TREATMENT PLANT (STP) TAMAN DESA MAWAR, KAMPUNG SUNGAI YU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status kemajuan kerja terkini
-
Bilakah projek ini akan dapat disiapkan?
155) MERAKYATKAN EKONOMI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Sehingga 31 Disember 2010 berapa banyak kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk program merakyatkan ekonomi ?
-
Dapatkah perbelanjaan itu dipecahkan mengikut program MES ?
-
Berapa ramai rakyat Selangor yang telah menikmati program-program dalam Mes, sila pecahkan mengikut program ?
155) SEKOLAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap keperluan sekolah diÊBandar Puncak Alam yang tidak mencukupi?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu ADUN untuk kerja baik pulih sekolah yang usang dan rosak?
-
Apakah bantuan yang diberikan kepada sekolah yang mengalami masalah kewangan bagi menjalankan penyelengaraan pembersihan sekolah dan menjalankan program atau aktiviti tahunan sekolah?
155) MASALAH KUALITI AIR TASIK SHAH ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan MBSA yang telah dilaksanakan untuk membaiki kualiti air Tasik Shah Alam?
-
Berapa peruntukan disediakan untuk mengawal kualiti air Tasik Shah Alam?
-
Adakah PBT mempunyai Pegawai Khas untuk menjaga kualiti air tasik-tasik seluruh kawasan PBT?
155) CADANGAN TERAKHIR PEMBANGUNAN KG FAJAR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apa pendirian Kerajaan Negeri terhadap cadangan rakyat yang mahukan ADUN Hulu Kelang menerajui satu Task-Force bagi pembangunan Kg Fajar tanpa sebarang bayaran?
155) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah hasil perolehan PKPS untuk empat tahun yang lepas dan senaraikan juga jumlah hasil yang dicatat oleh anak-anak syarikat di bawah PKPS empat tahun yang lalu
-
Berapakah peratusan hasil PKPS adalah disalurkan kepada kerajaan negeri dan senaraikan jumlah nilai yang disumbangkan kepada kerajaan negeri oleh PKPS dalam 5 tahun yang lepas.
-
Berapakah peratusan hasil PKPS adalah disalurkan kepada kerajaan negeri dan senaraikan jumlah nilai yang disumbangkan kepada kerajaan negeri oleh PKPS dalam 5 tahun yang lepas.
155) KUNCI AIR DI DAERAH KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Daerah Klang sering kali mengalami banjir kilat akibat hujan lebat. Adakah kerajaan akan berhasrat untuk menambah/naik taraf pintu kunci air supaya air dapat mengalir keluar dari darat ke sungai untuk mengelakkan banjir?
155) KAMPUNG DELEK MAHU DIJADIKAN ‘BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR’
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu misi tersebut, daripada bantuan peruntukan, sumber kepakaran, pembangunan ekonomi dan lain-lain di kampung Melayu tradisi ini?
-
Apakah langkah kerajaan bagi memfokuskan masjid Nurul Amin , Kampung Delek ini sebagai pusat pembangunan khaira ummah daripada segi penyediaan prasarana dan ulamak murrabi yang berterusan membimbing ummah?
-
Sanggupkah Kerajaan Negeri menerima misi ini sebagai projek perintis dalam proses menjadikan Selangor baldatun tayyyibatun wa rabbun ghafur?