154) MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN BERLEBIHAN TERHADAP HASIL BERKAITAN TANAH DAN MEMPELBAGAIKAN SUMBER PERTUMBUHAN EKONOMI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian pelan tindakan jangka sederhana dan panjang untuk mengurangkan kebergantungan berlebihan terhadap hasil berkaitan tanah, diunjurkan menyumbang 81.7% kepada pendapatan negeri pada 2017 serta melebarkan asas ekonomi dan mempelbagaikan sumber pertumbuhan baharu dalam mendepani Revolusi Industri Keempat.
154) PENCAWANG TELCO
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Bilakah pencawang telco dapat dibina di kawasan kampung tradisi?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mewujudkan Smart City di Bandar Puncak Alam?
154) PEMBANGUNAN TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Manifesto Pakatan Selangor PRU 13 menyatakan mahu memajukan Tanah Rizab Melayu agar lebih tersusun dan bernilai.Apakah perancangan kerajaan negeri berdasarkan manifesto ini?
-
Berapakah keluasan tanah rizab Melayu mengikut daerah dan peratusannya berbanding keluasan Selangor?
-
Berapakah nilai semasa hartanah yang tersebut?
154) PELANCONGAN KESIHATAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan kesihatan yang semakin mendapat sambutan serta usaha yang dijalankan dengan pihak kementerian?
154) BAYARAN GST DAN TUNTUTAN CUKAI INPUT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan cukai GST yang telah dibayar mengikut setiap PBT setakat September 2015.
-
Nyatakan cukai input yang belum dituntut daripada Jabatan Kastam bagi setiap PBT setakat September 2015.
154) KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah permohonan KISS mengikut DUN.
-
Nyatakan jumlah permohonan yang tidak diluluskan mengikut DUN.
154) PERUNTUKAN MARRIS UNTUK SEMUA JENIS JALAN DI DUN SELAT KLANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Perincikan semua jenis jalan yang telah didaftar di bawah MARRIS.
-
Berapakah peruntukan untuk penyelenggaraan jalan-jalan tersebut mengikut tahun sejak 2008?
154) KEPADATAN PENDUDUK KG SELAYANG BARU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah pihak kerajaan sudah memulakan langkah untuk menjadikan Kampung Selayang Baru kepada dua pentadbiran MPKK kerana kepadatan penduduk?
154) PROJEK PERUMAHAN BEKAS PEKERJA LADANG DUSUN DURIAN, MORIB
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan penyelesaian status projek perumahan tersebut ?
-
Apakah bentuk bantuan kerajaan negeri kepada pembeli yang ditolak oleh Bank kerana faktor umur dan pendapatan yang tidak melayakkan pinjaman bank sedangkan mereka memerlukan rumah tersebut ?
-
Adakah kerajaan bercadang menubuhkan Dana Khas bagi membantu menyelesaikan masalah peminjam/pembeli seperti ini?
154) PENYELENGGARAAN LONGKANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan inventori longkang JKR Persekutuan dan Negeri, PBT serta PLB di Meru.
-
Berapa kerapkah longkang-longkang tersebut diselenggara?
-
Bagaimanakah status penyelenggaraan longkang-longkang tersebut bagi tahun 2023 di Meru?