16) KAEDAH PEMBAYARAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menaikkan kadar sumbangan Khairat Kematian kepada RM1,000.00?
16) KONTRAK YANG DITANDATANGANI DEIG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kontrak yang telah ditandatangani oleh DEIG seperti yang diterangkan dalam Seksyen 35 Akta Syarikat, termasuk jenis kontrak dan pihak satu lagi yang menandatangani kontrak, sebelum dan selepas penubuhan syarikat.
-
Lampirkan Memorandum dan Article of Association DEIG.
16) LAMAN MEDIA SOSIAL AGENSI KERAJAAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah posting laman media sosial rasmi seperti Facebook, Twitter dan Instagram anggota-anggota MMKN dan kesemua jabatan, agensi, badan berkanun serta anak-anak syarikat milik Kerajaan Selangor yang dibuat sepanjang tahun 2016 dan 2017?
16) SYABAS
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Banyak aduan tentang tekanan air yang rendah atau kerap bekalan terputus dan mutu air tak memuaskan oleh Syabas. Apakah punca kepada keadaan ini, tekanan air yang rendah, mutu bekalan yang tak memuaskan harga air yang agak mahal dan lain-lain lagi.?
-
Apakah perancangan seterusnya Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan Air di Negeri Selangor?
16) ANAK YATIM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah anak yatim yang telah berdaftar di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah inisiatif yang telah diberikan serta apakah prosedur rumah anak-anak yatim ini didaftarkan?
16) PELABURAN ASING DAN DOMESTIK DI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan Selangor memberi senarai penuh pelaburan-pelaburan asing dan domestik di Selangor pada tahun 2011 dan tahun 2012 (sehingga bulan Mei 2012) mengikut negara asal pelaburan, jenis pelaburan, amaun yang dilaburkan dan tempat pelaburan.
16) BINAAN HARAM DI DALAM KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan binaan haram yang telah diambil tindakan?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh PBT sejak daripada tahun 2013 sehingga kini?
-
Apakah jenis-jenis binaan haram tersebut?
16) BANTUAN BIASISWA DARIPADA YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan wang yang telah diberikan sebagai bantuan biasiswa oleh Yayasan Selangor bagi tahun 2008 dan 2009 kepada para pelajar yang berkelayakan?
-
Siapakah penerima-penerima bantuan biasiswa tersebut mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008 dan 2009, serta apakah nama-nama institusi pengajian para penerima bantuan biasiswa tersebut?
-
Apakah syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan minima bagi memperoleh bantuan biasiswa daripada Yayasan Selangor ini?
16) E-KASIH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri masih ingin meneruskan penggunaan sistem e-Kasih bagi permohonan Kad Kasih Ibu Smart Selangor dan Kad Peduli Sihat?
-
Adakah Kerajaan Negeri menghadapi apa-apa kekangan dalam mengakses data dan maklumat e-Kasih pada masa kini?
16) PROGRAM BAGI MEMBERDAYAKAN KETUA-KETUA KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang dianjurkan Kerajaan Negeri bagi memberdayakan ketua-ketua kampung di negeri ini bagi tahun 2018 - 2023?
-
Apakah aspek keupayaan khidmat ketua kampung dinilai?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap ketua kampung yang gagal melepasi penilaian tersebut dan berapa ramai?