153) PENYELENGARAAN PANGSAPURI DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Mengapa masih ada rungutan rakyat mengenai komitmen Kerajaan Negeri dalam menguruskan kemusahan awam di kawasan pangsapuri di Selangor?
-
Kerajaan Negeri perkenalkan Skim Ceria untuk baik pulih kemudahan pangsapuri di Selangor, sejauh mana keberkesanan program itu?
-
Berapa jumlah sebenar yang dibelanjakan Kerajaan Negeri di bawah Skim Ceria dan jumlah pangsapuri yang berjaya dibaikpulih sejak 2010?
153) SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN JKR, JPS, PBT, PDT DAN LAIN-LAIN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Adakah penyelarasan inventori berkaitan bidang kuasa dan infrastruktur seperti jalan, longkang dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan agensi-agensi lain telah selesai dilakukan?
-
Adakah sebarang perancangan untuk mencipta satu aplikasi pintar bagi memudahkan urusan terutamanya melibatkan aduan?
153) PEGAWAI PENGURUS MASJID
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pengurus masjid yang telah dilantik setakat ini di negeri Selangor dan adakah masjid As Syarif Meru termasuk di dalam senarai masjid yang dilantik pengurus masjid?
153) ANGGARAN BELANJAWAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana kos bajet Negeri Selangor telah dikeluarkan bagi tujuan pembangunan bagi tahun 2022?
-
Nyatakan jumlah mengikut jabatan atau di setiap DUN yang telah dibelanjakan.
153) PENYERAPAN GST
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Kesanggupan Kerajaan Negeri untuk menyerap GST yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang dilaksanakan oleh Pulau Pinang, Johor dan Terengganu demi meringankan bebanan kos sara hidup dan meningkatkan kuasa beli rakyat terutama di kalangan 40% terendah.
153) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Di Negeri Selangor masih terdapat banyak projek perumahan terbengkalai yang masih belum dapat dipulihkan. Berapakah jumlah terkini projek perumahan terbengkalai tersebut?
-
Berapa banyakkah projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan sejak tahun 2008?
-
Bagi projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan tersebut, sila nyatakan :- i) Kaedah yang diguna pakai bagi memulihkannya? ii) Sumber kewangan bagi pemulihannya?
154) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah projek terbengkalai yang masih belum dipulihkan di setiap PBT setakat Mei 2024?
-
Apakah tindakan dan usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah ini, dari segi jangka masa pendek dan panjang?
154) BAYARAN PREMIUM GERAN TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapakah bayaran premium geran tanah?
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa harga premium ini dianggap terlalu mahal bagi kebanyakan rakyat Negeri Selangor?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat Negeri Selangor ini?
154) KISS
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status Insentif Peduli Rakyat KISS?
-
Adakah Insentif Peduli Rakyat KISS ini diperluaskan permohonannya agar lebih ramai permohonan dibuat?
154) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor sejak Januari 2019 hingga sekarang mengikut kategori dan jenis pelaburan?
-
Apakah usaha Kerajaaan Negeri untuk memastikan bahawa pelaburan di Selangor adalah pelaburan berinsentifkan modal atau teknologi tinggi dan tidak pelaburan berinsentifkan buruh?