153) PILI BOMBA DI SEKITAR SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah pili bomba yang berada di sekitar Selangor.
-
Berapakah jumlah pili bomba yang tidak dapat digunakan setakat tahun 2024?
-
Apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan pili-pili bomba ini boleh diguna pakai oleh Pihak Berkuasa dan tidak disalahgunakan?
153) PEGAWAI PENGURUS MASJID
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pengurus masjid yang telah dilantik setakat ini di negeri Selangor dan adakah masjid As Syarif Meru termasuk di dalam senarai masjid yang dilantik pengurus masjid?
153) PERANAN JAWATANKUASA TETAP
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah perbezaan peranan dan skop Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?
153) PENYELENGARAAN PANGSAPURI DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Mengapa masih ada rungutan rakyat mengenai komitmen Kerajaan Negeri dalam menguruskan kemusahan awam di kawasan pangsapuri di Selangor?
-
Kerajaan Negeri perkenalkan Skim Ceria untuk baik pulih kemudahan pangsapuri di Selangor, sejauh mana keberkesanan program itu?
-
Berapa jumlah sebenar yang dibelanjakan Kerajaan Negeri di bawah Skim Ceria dan jumlah pangsapuri yang berjaya dibaikpulih sejak 2010?
153) SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN JKR, JPS, PBT, PDT DAN LAIN-LAIN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Adakah penyelarasan inventori berkaitan bidang kuasa dan infrastruktur seperti jalan, longkang dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan agensi-agensi lain telah selesai dilakukan?
-
Adakah sebarang perancangan untuk mencipta satu aplikasi pintar bagi memudahkan urusan terutamanya melibatkan aduan?
153) ANGGARAN BELANJAWAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana kos bajet Negeri Selangor telah dikeluarkan bagi tujuan pembangunan bagi tahun 2022?
-
Nyatakan jumlah mengikut jabatan atau di setiap DUN yang telah dibelanjakan.
153) PENYERAPAN GST
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Kesanggupan Kerajaan Negeri untuk menyerap GST yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang dilaksanakan oleh Pulau Pinang, Johor dan Terengganu demi meringankan bebanan kos sara hidup dan meningkatkan kuasa beli rakyat terutama di kalangan 40% terendah.
153) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Di Negeri Selangor masih terdapat banyak projek perumahan terbengkalai yang masih belum dapat dipulihkan. Berapakah jumlah terkini projek perumahan terbengkalai tersebut?
-
Berapa banyakkah projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan sejak tahun 2008?
-
Bagi projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan tersebut, sila nyatakan :- i) Kaedah yang diguna pakai bagi memulihkannya? ii) Sumber kewangan bagi pemulihannya?
153) PENYERAHAN PENYELENGGARAAN DARIPADA PEMAJU KEPADA PBT KAWASAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan terhadap pemaju kawasan yang tidak membuat serahan penyelenggaraan kepada MDKS terlebih dahulu sebelum kemudahan fasiliti lengkap disiapkan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi pemaju yang gagal siapkan sebuah projek perumahan yang melibatkan nasib penduduk di Bukit Kerayong?
153) ADUAN YANG DITERIMA OLEH JKR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah aduan yang telah diterima oleh JKR Daerah Petaling mengikut kawasan DUN dari tahun 2014 hingga kini.
-
Nyatakan jumlah aduan yang telah diselesaikan dan belum diselesaikan.
-
Nyatakan piawai tindakan JKR terhadap setiap aduan yang diterima.