153) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI WAZE
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR Selangor telah melaksanakan sistem lapor jalan berlubang melalui aplikasi waze? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh JKR Selangor bagi memastikan masalah jalan berlubang boleh diselesaikan dengan segera.
153) DASAR DAN GARISPANDUAN MENGENAI BAYARAN DIVIDEN OLEH SYARIKAT-SYARIKAT KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah syarikat-syarikat kerajaan telah mengikut peraturan bayaran dividen seperti yang tertakluk dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993?
-
Jika ya, berapakah jumlah bayaran yang telah dikutip sejak tahun 2004?
-
Jika tidak, nyatakan sebab dan penyelesaian yang akan diambil.
153) PERTANIAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah sumbangan Kerajaan Negeri khususnya di kawasan saya iaitu Sawah Sempadan?
-
Adakah bantuan seperti baja, benih dan jentera diberikan?
-
Adakah penambaikan dibuat dari masa ke semasa dari segi kualiti benih dan baja kepada petani?
153) PILI BOMBA DI SEKITAR SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah pili bomba yang berada di sekitar Selangor.
-
Berapakah jumlah pili bomba yang tidak dapat digunakan setakat tahun 2024?
-
Apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan pili-pili bomba ini boleh diguna pakai oleh Pihak Berkuasa dan tidak disalahgunakan?
153) INDUSTRI HALAL SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kemajuan Halal International Selangor (HIS) untuk pembangunan Industri Halal di Selangor?
153) PROGRAM BANTUAN BINA RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan rumah yang telah dibina melalui program ini di Selangor.
-
Senaraikan bilangan permohonan yang telah diterima setakat ini untuk pembinaan rumah percuma warga miskin
-
Berapa lamakah proses kelulusan permohonan dan pembinaan perumahan tersebut?
153) KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Perincikan status terkini jumlah permohonan pemutihan kilang tanpa kebenaran yang telah diterima, jumlah permohonan yang masih dalam pemprosesan, jumlah permohonan yang telah berjaya diluluskan dan jumlah permohonan yang ditolak.
-
Apakah KPI permohonan?
-
Apakah "Exit Policy" kerajaan dalam menangani isu ini?
153) PENAMBAHBAIKKAN PENGURUSAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memohon Pejabat Daerah Petaling mengkaji semula kesesuaian peruntukan yang diberikan dan peruntukan kakitangan juga harus dikaji untuk menguruskan permasalahan 14 DUN di bawahnya
-
Mohon pejabat daerah petaling mempercepatkan hak milik kekal kepada individu-individu di tanah tradisi Melayu seperti Kampung Seri Aman Puchong.
153) KEPERLUAN BAS SMART SELANGOR DI HULU LANGAT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan keperluan BAS SMART SELANGOR melalui Jalan Bukit Ampang dari Ampang ke Pekan Hulu Langat memandangkan laluan tersebut sekarang ramai penggunanya dan menjadi laluan pintas ke Gombak dan ke Putrajaya?
-
Jika ya, nyatakan perancangannya
153) UNDANG-UNDANG MEMATUHI PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah pencegahan dan undang-undang yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan penyalahgunaan peruntukan ADUN?
-
Senaraikan perbelanjaan yang dikeluarkan dari peruntukan ADUN yang disalahgunakan oleh wakil rakyat BN yang dihadapkan ke SELCAT.