153) BANTUAN PELAJAR LEPASAN SPM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang sedia ada bagi membantu para pelajar yang bakal masuk ke IPT?
-
Adakah manfaat yang sama boleh dipohon oleh pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat Tingkatan Enam?
-
Adakah kerajaan menyediakan platform kemasukan IPT?
153) PROJEK LAMPU JALAN KAMPUNG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menambah jumlah lampu jalan di kampung-kampung?
-
Jika ada, bila ianya akan dapat dilaksanakan?
153) PENAMBAHBAIKKAN PENGURUSAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memohon Pejabat Daerah Petaling mengkaji semula kesesuaian peruntukan yang diberikan dan peruntukan kakitangan juga harus dikaji untuk menguruskan permasalahan 14 DUN di bawahnya
-
Mohon pejabat daerah petaling mempercepatkan hak milik kekal kepada individu-individu di tanah tradisi Melayu seperti Kampung Seri Aman Puchong.
153) INDUSTRI HALAL SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kemajuan Halal International Selangor (HIS) untuk pembangunan Industri Halal di Selangor?
153) PROGRAM BANTUAN BINA RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan rumah yang telah dibina melalui program ini di Selangor.
-
Senaraikan bilangan permohonan yang telah diterima setakat ini untuk pembinaan rumah percuma warga miskin
-
Berapa lamakah proses kelulusan permohonan dan pembinaan perumahan tersebut?
153) HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik terkini peminjam HIJRAH Selangor mengikut kaum, umur dan jantina mengikut daerah di Selangor.
-
Nyatakan jumlah peratusan peminjam yang gagal membayar semula pembayaran pinjaman.
153) BANTUAN UNTUK GOLONGAN B40 DAN M40
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan definasi B40 dan M40 untuk Negeri Selangor?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk program membantu golongan B40 dan M40 dalam bajet 2023 yang telah dikhususkan?
153) UNDANG-UNDANG MEMATUHI PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah pencegahan dan undang-undang yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan penyalahgunaan peruntukan ADUN?
-
Senaraikan perbelanjaan yang dikeluarkan dari peruntukan ADUN yang disalahgunakan oleh wakil rakyat BN yang dihadapkan ke SELCAT.
153) KAWALAN HAIWAN TERNAKAN DI KAWASAN BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bolehkah lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan bandar diklasifikasikan sebagai lembu liar dan tidak bertuan?
-
Apakah tindakan tegas kepada pemilik lembu yang didapati tidak mengawal haiwan ternakan mereka?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah lembu liar ini?
153) KESELAMATAN DI BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kerajaan dengan peranan yang terhad dan agensi-agensi yang di bawah kerajaan negeri, menangani isu keselamatan khususnya di bandar- bandar?