152) PERKHIDMATAN AIR DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah pengguna air mengikut sektor (perumahan, perniagaan, industri dan air mentah), tarif sediaada, jumlah kutipan daripada mereka.
-
Pihak mana yang bayar untuk penggantian paip baru di Selangor dan berapa jumlah kos keseluruhan?
-
Bila program penggantian paip akan siap?
152) JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kejayaan jabatan ini pada tahun 2016
-
Senaraikan projek di bawah jabatan ini yang gagal dilaksanakan dan faktornya
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada jabatan ini dari 2014-2016
152) PROGRAM WARGA EMAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan peratusan warga emas di dalam kawasan Negeri Selangor.
-
Berapakah bilangan pusat warga emas yang berdaftar di dalam Selangor?
-
Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah bilangan pusat jagaan warga emas di Selangor?
152) USAHA MENINGKATKAN TEKNOLOGI PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan sedar bahawa teknologi pertanian di Malaysia, termasuk di Selangor masih ketinggalan berbanding di Thailand, seperti penanaman mangga, anggur, tamar, dll
-
Jika ya, adakah Kerajaan bercadang untuk meniru/ memindahkan teknologi pertanian dari Thailand
152) PELABURAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2009 mengikut pecahan daerah ?
-
Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?
-
Sila nyatakan sejauh manakah keyakinan para pelabur terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan prinsip keupayaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban ?
152) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Kriteria melantik Selgate Corporation sebagai Òthird-party administratorÓ bagi Skim Peduli Sihat yang diperuntukkan RM125 juta untuk menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan kepada mereka yang layak, caj tahunan sebagai pengendali dan alasan tidak dibayar terus kepada klinik berdaftar
152) ANAK LUAR NIKAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah anak luar nikah yang telah direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Negeri mengikut daerah di Negeri Selangor semenjak tahun 2020 - 2023?
-
Apakah punca yang mendorong kepada anak luar nikah?
-
Apakah usaha kerajaan bagi membendung perkara tersebut?
152) BELIA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Di manakah Kerajaan bersedia menyediakan tempat perniagaan untuk golongan usahawan anak muda, terutamanya di DUN Teratai?
-
Berapakah Kerajaan Negeri menawarkan rumah mampu milik dan berapakah pemohon anak muda yang berjaya mendapatkan rumah mampu milik ?
152) RIZAB PBT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Senaraikan rizab semua kerajaan tempatan di Selangor pada 2008 dan 2009.
-
Terangkan sebab-sebab kemerosotan/penambahan rizab untuk tahun-tahun ini.
152) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini projek ini?
-
Apakah tujuan kerajaan membekukan pembangunan di atas tanah-tanah terletak di tebing sepanjang Sungai Klang dan sekiranya projek ini masih belum apa-apa kepastian dalam setahun dua ini, adakah kerajaan akan menarik balik pembekuan ini?