151) TABUNG AMANAH BENCANA ALAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur permohonan Tabung Amanah Bencana Alam?
-
Senaraikan pemohon dan penerima Tabung Amanah Bencana Alam pada tahun 2014 mengikut DUN?
151) GEJALA-GEJALA RASUAH
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Pelapor bagi kes rasuah dan penyelewengan di dalam agensi Kerajaan Negeri Selangor berikutan adanya Program Perasmian Rasuah dan Penyelewengan?
-
Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Program Perasmian Rasuah dan Penyelewengan di bawah Program Geran Selangorku?
-
Adakah, mana-mana pelapor bagi kes rasuah dan penyelewengan ini diberikan ganjaran oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah program ini sebagai tanda terima kasih di atas sikap keprihatinan mereka di dalam membanteras gejala negatif ini?
151) PERMASALAHAN ÒMASTER TITLEÓ PUTRA PERDANA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru permohonan Geran Strata untuk bangunan bertingkat di Putra Perdana?
-
Bilakah dijangkakan permasalahan ÒMaster TitleÓ di Putra Perdana ini dapat diselesaikan?
151) KEROSAKAN STRUKTUR BANGUNAN DAN MENDAPAN TANAH DI TAMAN DESA IDAMAN, OLAK LEMPIT, DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kerosakan struktur rumah dan pemendapan tanah di Taman Desa Idaman, Olak Lempit, Kuala Langat?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju Upicon United Sdn Bhd agar segera menjalankan kerja-kerja pembaikan supaya keselamatan penduduk terjamin?
151) KEBAJIKAN KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT DUN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula jumlah kakitangan Pusat Khidmat DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk merombak gaji dan menambah elaun kakitangan Pusat Khidmat DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi staf Pusat Khidmat keistimewaan setaraf kakitangan tetap awam?
151) GERAI HARAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Percambahan gerai tanpa lesen dan kebenaran PST amat berleluasa sejak akhir-akhir ini, khususnya di Bandar Utama Batang Kali, Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Apakah tindakan kerajaan Negeri kepada peniaga-peniaga ini?
-
Apakah usaha daripada kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
-
Data bilangan peniaga haram di Selangor
151) KES KEJADIAN PENYAKIT KRONIK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mencegah kes Rabies, Tuberculosis, Leptospitosis dan Leprosy di setiap PBT?
-
Sila menyatakan jumlah kes-kes tersebut untuk tahun 2016 sehingga bulan Oktober 2017 (ikut susunan Bulan).
-
Berapakah jumlah kes kematian telah direkodkan?
151) PENGURUSAN SAMPAH YANG MAKIN TERUK
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar isu pengurusan sampah yang makin teruk menyebabkan imej dan nama baik Negeri Selangor turut terjejas di mata rakyat?
-
Adakah wujud isu sabotaj sampah dan sampai bilakah rakyat perlu menghadap isu masalah sampah yang tidak terurus ini?
151) KERAJAAN PEDULI RAKYAT
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua program Peduli Rakyat dan pencapaiannya
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menukar dasar pentadbiran yang baharu?
151) JALANRAYA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi peningkatan kesesakan lalulintas di rangkaian jalanraya sekitar Putrajaya?
-
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan semua kategori jalan dapat diselenggara dengan baik?
-
Apakah kriteria pendaftaran jalan-jalan agar boleh dimasukkan dalam peruntukan MARRIS?