16) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah PKNS akan membangunkan rumah-rumah mampu milik di daerah Petaling dalam masa lima tahun yang akan datang memandangkan keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik semakin meningkat di daerah Petaling?
16) PEMBINAAN BAN MENGGUNAKAN KAEDAH SCHEMATIC PRECAST SYSTEM (SPS)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Daripada nilai dana RM10 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan ban menggunakan kaedah Schematic Precast System (SPS), berapakah nilai yang bakal diperuntukkan untuk kawasan taman perumahan seperti di Taman Saujana Aman, Kuala Selangor yang kerap dilanda banjir?
16) JUMLAH KEMALANGAN JALANRAYA DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kemalangan jalanraya berdasarkan kategori kenderaan dari tahun 2020 sehingga 2021 mengikut daerah?
-
Apakah faktor utama yang menyumbang terhadap kemalangan jalanraya di negeri ini?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Negeri Selangor?
16) BUDAYA DAN WARISAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kerajaan negeri merancang untuk memelihara dan mempromosikan budaya serta warisan di Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri merancang untuk melindungi tapak warisan di Selangor?
16) KECURIAN PASIR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri mengakui terdapat kelemahan aspek penguatkuasaan bagi mengawal industri ini?
-
Apakah faktor-faktor menyebabkan ia masih berlaku dan bagaimanakah mekanisme efektif untuk membanteras masalah ini?
-
Apakah kerajaan negeri mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding penguatkuasaan?
16) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah membangunkan Pelan Induk Pengangkutan Awam negeri sebagaimana yang diwar-warkan?
-
Bagaimanakah pelan induk ini dapat menjamin pergerakan rakyat dengan cekap dan selesa?
16) Program Pembangunan Belia
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah PeBT tahun 2020 dapat menghabiskan peruntukan yang diperolehi memandangkan banyak program telah dibatalkan pada tahun ini?
-
Apakah program ataupun kegunaan lain yang boleh menggunakan peruntukan baki ini?
16) INSENTIF PENJAGAAN ANAK-ANAK FRONTLINERS COVID-19 (IPAF)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan yang berjaya dan tidak berjaya mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan?
16) CERAMAH POLITIK DI MASJID DAN SURAU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Walaupun Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan telah berkali-kali menegaskan supaya masjid dan surau bebas dari sebarang kegiatan politik, masih terdapat ceramah-ceramah yang dijalankan lebih banyak menyentuh isu-isu politik daripada memberikan pengisian agama. Mengapakah keadaan ini terus dibiarkan berlaku tanpa ada sebarang halangan daripada pihak yang bertanggungjawab
16) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani masalah pengangguran di Negeri Selangor?
-
Nyatakan jumlah peluang-peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyakkah yang telah di isi?