151) SEKOLAH AGAMA ISLAM
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah sekolah agama Islam di bawah seliaan Kerajaan Negeri? Sila senaraikan semua sekolah agama yang ada di Selangor.
-
Berapa banyak peruntukan yang telah disalurkan kepada sekolah-sekolah agama Islam ini di Selangor sepanjang tahun 2017 dan 2018?
-
Apakah program atau inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan bagi melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah agama ini?
151) AGIHAN PERUNTUKAN KAMPUNG BARU MENGIKUT DUN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan semua projek Kampung Baru serta nilai sejak 2008 bagi semua DUN.
-
Apakah kriteria kelulusan diberi untuk sesuatu projek untuk pastikan pembangunan kampung baru berlaku secara adil dan saksama?
151) TABUNG AMANAH BENCANA ALAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur permohonan Tabung Amanah Bencana Alam?
-
Senaraikan pemohon dan penerima Tabung Amanah Bencana Alam pada tahun 2014 mengikut DUN?
151) SUKAN MALAYSIA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perancangan untuk menganjurkan kejohanan Sukan Malaysia pada masa akan datang setelah kali terakhir menganjurkannya pada tahun 1998?
151) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senarikan pecahan pembinaan 200,000 rumah mampu milik yang dijanjikan boleh Kerajaan Negeri untuk penggal pentadbiran ini. Sila butirkan bagi setiap projek nama projek, nama pemaju, bilangan unit, jenis unit, tahun mula bina dan tahun serah kunci.
151) PEMBINAAN HOSPITAL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Jelaskan perancangan kerajaan untuk membina hospital melalui PKNS
-
Nyatakan kriteria PKNS untuk memilih rakan kongsi projek ini
-
Nyatakan kos untuk pembinaan dan operasi dengan terperinci
151) PROJEK LANGAT 2
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek langat 2 dan impak yang akan terkesan di DUN Teratai?
151) KEBAJIKAN KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT DUN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula jumlah kakitangan Pusat Khidmat DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk merombak gaji dan menambah elaun kakitangan Pusat Khidmat DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi staf Pusat Khidmat keistimewaan setaraf kakitangan tetap awam?
151) KESESAKAN DI JALAN BESAR SERI KEMBANGAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Punca utama kesesakan lalu lintas di Jalan Besar, Seri Kembangan adalah disebabkan Lebuhraya Sungai Besi yang tidak dapat menampung jumlah trafik yang sedia ada. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk bantu menyelesaikan masalah ini?
151) PERMASALAHAN ÒMASTER TITLEÓ PUTRA PERDANA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru permohonan Geran Strata untuk bangunan bertingkat di Putra Perdana?
-
Bilakah dijangkakan permasalahan ÒMaster TitleÓ di Putra Perdana ini dapat diselesaikan?