150) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos penyelenggaraan dan cukai-cukai yang harus dibayar dari 2017-2019?
-
Nyatakan anggaran pendapatan setahun bangunan tersebut sekiranya ia dibuka untuk disewa.
150) RUMAH AWAM/ RAKYAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membina semula rumah Kos Rendah Setingkat (landed property) dengan harga yang berpatutan dan mampu milik seperti yang pernah dibuat oleh PKNS di Antara Gapi?
150) KEBERKESANAN PROJEK INFRASTRUKTUR DAN INISIATIF LAIN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Sebarang analisa kos-faedah dan penilaian spesifik masing-masing pra dan pasca pelaksanaan projek bagi semua projek infrastruktur dan inisiatif yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri demi memastikan Óvalue for moneyÓ dan keberkesanan perbelanjaan dana awam.
150) PENUBUHAN PASUKAN POLIS BANTUAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumumkan penolakan permintaan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Polis Bantuan. Apakah langkah Kerajaan Negeri lanjutan daripada keputusan Kementerian Dalam Negeri?
-
Apakah langkah-langkah langsung dan tidak langsung yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk membendung kes-kes jenayah?
150) TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Kegiatan pengusaha tempat sampah haram terus beroperasi tanpa mengendahkan tindakan saman dan penguatkuasaan undang. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini sama ada di atas tanah kerajaan atau tanah hak milik?
150) STESEN BAS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah saya mohon Kerajaan Negeri untuk membina stesen bas bagi membantu penduduk mendapatkan khidmat pengangkutan bas lebih selesa dan jimat?
-
Apakah syarat dan faktor untuk Yang Berhormat ADUN mendapatkan pembinaan sebuah stesen bas bagi menyelesaikan masalah penduduk yang memerlukan perkhidmatan tersebut?
150) PERTUMBUHAN EKONOMI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah sasaran pertumbuhan ekonomi Selangor untuk 5 tahun akan datang?
-
Apakah strategi untuk mencapai sasaran tersebut?
150) KADAR KEMISKINAN DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kadar terkini miskin tegar dalam kalangan penduduk di Daerah Kuala Selangor mengikut pecahan etnik/kaum.
-
Berapakah jumlah terkini bantuan mesin/peralatan percuma yang telah diberikan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di bawah Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan di Daerah Kuala Selangor mengikut Kawasan ADN?
150) LEBUHRAYA BAHARU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lebuhraya yang telah diluluskan dan sedang dibina di Selangor.
-
Nyatakan jumlah pemegang saham Kerajaan Negeri ke atas lebuhraya berikut.
150) PERSEDIAAN KERAJAAN BAGI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan Kerajaan Negeri bagi Tahun Melawat Malaysia 2020?
-
Daerah Sepang merupakan pintu masuk ke dalam Malaysia. Adakah terdapat perancangan khas untuk membina mercu tanda di kawasan Sepang?