149) EKONOMI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan pendirian Kerajaan Negeri berhubung dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan langkah untuk menjamin kepentingan rakyat umum, golongan petani dan nelayan, serta peniaga dan usahawan tempatan di bawah perjanjian tersebut.
149) PENEMPATAN ORANG ASLI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL (HSK)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 63: ÒPada pendapat Audit, penempatan Orang Asli di kawasan HSK adalah tidak memuaskan kerana JPNS tidak dapat mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993Ó. Tidak terdapat ulasan daripada Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Berapakah anggaran penduduk Orang Asli yang terbabit dalam HSK berkenaan?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan bagi mengurangkan masalah penempatan Orang Asli di HSK seluruh Selangor?
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tersebut?
149) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah hotspot Wifi Selangorku di kawasan Hulu Bernam.
-
Nyatakan jumlah kos operasi dan baik pulih sistem Wifi Selangorku di kawasan Hulu Bernam.
149) LAMBAKAN KERETA ROSAK DAN TERBIAR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang lebih serius diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini?
-
Adakah tindakan tegas dikenakan kepada pelaku yang terlibat dalam isu ini?
149) TENAGA KERJA ASING
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Selain insiatif Persektuan membendung masalah kebanjiran pekerja asing, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri?
-
Adakah kerajaan negeri boleh memainkan peranan untuk menggantikan tenaga kerja asing dengan tenaga kerja tempatan terutama di sektor perkhidmatan?
149) POLISI PEMPROSESAN KITAR SEMULA SISA PLASTIK DARI LUAR NEGARA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi Kerajaan terhadap pemprosesan kitar semula sisa plastik dari luar negara?
149) AKHBAR SELANGORKINI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara detail apakah peranan utama dan keberkesanan Akhbar Selangorkini dalam menyampaikan maklumat Kerajaan Negeri kepada rakyat?
-
Sila nyatakan jumlah kos penerbitan bagi setiap keluaran dan nama syarikat yang dilantik bagi mengendalikan penerbitan tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah naskhah Akhbar Selangorkini edisi Mandarin yang diterbitkan dan berapakah naskhah yang diterima serta diedarkan oleh setiap DUN?
149) CADANGAN PEMBAIKKAN FLAT-FLAT DI BAWAH PKNS DI BANDAR SULTAN SULEIMAN DAN SRI PERANTAU
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Cat-cat di flat sudah pudar dan keadaan infra yang agak menyedihkan antaranya jalan yang rosak dan longkang yang tidak diselenggara.
149) KOLEJ ANTARABANGSA INPENS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri memantau kualiti pengajaran Kolej Antarabangsa INPENS? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Nyatakan bilangan pelajar INPENS mengikut pecahan kaum bagi tahun 2016 dan 2017.
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi meningkatkan daya tarikan INPENS terhadap semua kaum terutamanya pelajar Cina?
149) KOLAM AIR PANAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Projek menaik taraf kolam air panas di Selayang jalan antara Selayang ke Rawang?