16) KIT UJIAN KENDIRI COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi membeli kit ujian kendiri COVID-19?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan kawasan-kawasan yang telah diberikan kit ujian kendiri COVID-19?
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengagihkan kit ujian kendiri tersebut?
16) BANTUAN KEPADA SEKOLAH RENDAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah bantuan kepada SRK, SRJKC dan SRJKT dari 2014-2016
-
Nyatakan jumlah permohonan bantuan yang ditolak pada tahun 2016
16) STATUS PELAKSANAAN MANIFESTO
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci status terkini pelaksanaan manifesto PRU14 Pakatan Harapan.
16) TANAH UNTUK RUMAH IBADAT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana kaedah peruntukan tanah ini dilaksanakan?
-
Berapakah saiz tanah yang diperlukan untuk setiap rumah ibadat mengikut agama?
16) KONTRAKTOR BUMIPUTERA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah syarikat kontraktor bumiputera yang telah 'gulung tikar' pada masa ini di Negeri Selangor?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini bagi meneruskan perniagaan mereka?
16) KAJIAN PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah kajian dan penyelidikan terkini yang sedang dilakukan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor?
16) KADAR BAYARAN BALIK YAYASAN HIJRAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri untuk mencadangkan peruntukan tambahan sejumlah RM50 juta dalam bentuk pinjaman bagi tahun 2017 kepada Yayasan Hijrah. Apakah kadar bayaran balik pada masa sekarang dan berapakah tunggakan atau peratusan peminjam yang gagal mematuhi jadual waktu membayar balik?
16) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan PeBT untuk tahun ini memandangkan aktiviti melibatkan orang ramai tidak digalakkan?
16) KOMUNITI BERPAGAR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menerima pakai garis panduan untuk Komuniti Berpagar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
-
Jika tidak, berikan sebab-sebab.
-
Jika ya, sila nyatakan bila ia akan berkuat kuasa di semua PBT di Selangor dan sama ada garis panduan ini akan diperbaiki untuk kesesuaian penduduk Selangor
16) BEKALAN AIR PERCUMA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor melengah-Iengahkan pelaksanaan pemberian bekalan air untuk kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan?
-
Bilakah tarikh sebenar pemberian bekalan air tersebut akan dilaksanakan supaya rakyat Selangor tidak ternanti-nanti ?
-
Apakah persetujuan yang telah dicapai daripada syarikat yang membekalkan air tersebut dan berapakahjumlah bayaran yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkanbekalan air tersebut secara percuma?