148) PROSES PINDAAN NAMA YANG MEMAKAN MASA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memudahkan aturcara pindaan/pemilikan tanah yang kini memakan masa yang lama?
148) HAL EHWAL ORANG ASLI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan dan apakah taburan masyarakat Orang Asli di negeri Selangor mengikut DUN?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan hak Orang Asli dilindungi, terutamanya dalam aspek tanah adat?
149) TANAH KERAJAAN NEGERI DI DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan nama projek perumahan / perdagangan di sebidang tanah kosong di Jalan Cendena 5, Taman Muhibbah, Banting Selangor? Adakah tanah rizab untuk membina sebuah padang permainan kanak-kanak di tanah lapang tersebut
-
Berapakah keluasannya
-
Apakah kelengkapan yang ada pada padang permainan kanak-kanak ini?
149) PINJAMAN MIKROKREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Bilakah skim pinjaman mikrokredit ini akan dilaksanakan dan badan pelaksana manakah yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan permohonan untuk skim mikrokredit?
-
Apakah sistem agihan yang digunakan bagi memastikan bahawa pinjaman ini sampai kepada mereka yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan?
-
Selain meminjamkan wang, apakah program yang akan dilaksanakan di bawah skim pinjaman mikro kredit ini bagi memperdayakan peminjam-peminjam?
149) SALAH LAKU PENJAWAT AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah denda dan hukuman yang dikenakan terhadap pegawai penguatkuasa/penjawat awam yang didapati terlibat dalam kes rasuah/salah laku?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan wujudkah rancangan untuk mengkaji semula sistem hukuman bagi mereka yang didapati bersalah?
149) PERUNTUKAN KEPADA UNISEL SEJAK TAHUN 2010
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang telah Kerajaan Negeri Selangor berikan kepada UNISEL sejak tahun 2010?
149) MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR (MDKS)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama Ahli Majlis MDKS yang terkini berdasarkan parti yang di wakili.
-
Nyatakan kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh setiap Ahli Majlis MDKS.
-
Nyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan oleh Ahli Majlis MDKS dari tahun 2013 hingga 2017.
149) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai rakyat Selangor yang telah mendaftarkan diri dengan program Mesra Usia Emas dan Tabung Anak Warisan Selangor? Minta senaraikan bilangan pendaftar mengikut DUN.
-
Berapa banyak wang yang telah dibayarkan kepada keluarga simati mengikut DUN?
149) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kelajuan dan keluasan liputan minima yang boleh dicapai bagi setiap hotspot.
-
Pihak mana yang akan bertanggungjawab serta apakah tindakan yang akan diambil terhadap setiap aduan mengenai perkhidmatan Wifi Selangorku?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menambah kelajuan hotspot?
149) HOTEL BAJET DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilangan hotel-hotel bajet mengikut daerah?
-
Nyatakan tindakan yang diambil untuk menyekat gejala maksiat yang berlaku di hotel-hotel bajet tersebut?
-
Setakat mana penglibatan dan kejayaan JAIS dalam membenteras gejala maksiat di hotel-hotel bajet tersebut?